Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Divisyen Pertama Infantri Siap...

KUCHING - Divisyen Pertama Infantri Malaysia telah bersiap sedia untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan...

Anak Cikgu Hilang Lepas...

SEORANG remaja perempuan dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa lalu selepas keluar mengambil sepupu...

Perpecahan Pakatan Rakyat Qada...

KUALA LUMPUR - PAS akan terus istiqamah dan menerima qada dan qadar Allah...

TPM: Jangan Label Kaum...

HULU SELANGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Bapa Mohon Maaf Rogol Anak Tiri Hingga Lahirkan Bayi, Dipenjara 10 Tahun Dan Sebat

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol anak perempuan tirinya sehingga mengandung dan melahirkan seorang bayi, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia dituduh di mahkamah pada 11 Oktober lalu.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Lelaki berkenaan didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu di sebuah unit pangsapuri di Setapak Jaya, Wangsa Maju di sini pada jam 4 petang, 10 September 2023, mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dengan sebatan.

Mengikut fakta kes, satu laporan polis dibuat pegawai perubatan sebuah hospital selepas mangsa mendapatkan rawatan haid tidak teratur.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengandung dan usia kandungannya ketika itu ialah 19 minggu.

Kanak-kanak itu memberitahu dia dirogol bapa tirinya ketika berada di rumah mereka dan mangsa memaklumkan perkara itu kerana mahu mendapatkan perlindungan serta takut hal berkenaan diketahui ahli keluarga lain.


Mangsa kemudian melahirkan seorang bayi dan keputusan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, mengambil kira perbuatan tertuduh mendatangkan trauma kepada mangsa.

“Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa melahirkan seorang bayi sehingga kanak-kanak itu tidak ke sekolah kerana malu dan perlu melalui proses pemulihan yang lama selepas bersalin,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan, atas alasan dia menanggung keluarga dan mempunyai penyakit buah pinggang serta sakit lutut.

“Saya mempunyai seorang isteri orang kurang upaya (OKU) dan seorang anak autisme. Hanya saya seorang saja yang menanggung keluarga, saya minta maaf,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori