Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MRT SBK: Ketelusan, Integriti...

KUALA LUMPUR – Ketelusan, urus tadbir yang baik serta integriti tidak sesekali dikompromi dalam pelaksanaan...

Rangkuman #KitaLawan – Ribuan...

Kemuncak perhimpunan solidariti yang dianjurkan Pemuda PKR bagi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk...

Ibu Jamaludin Jarjis Mohon...

KUALA LUMPUR - Ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin...

Negatif Covid-19 Hari Ke-4,...

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya ujian...

Belanjawan 2025: RM8 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan, Negeri Bagi Kurangkan Kemalangan

KUALA LUMPUR : Lebih RM8 bilion disalurkan untuk menyelenggara jalan bagi mengurangkan kes kemalangan akibat keadaan laluan yang tidak selamat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM2.8 billion disediakan untuk Jalan Persekutuan manakala RM5.5 bilion untuk jalan negeri.

“Bagi Jalan Persekutuan, sebanyak RM1 bilion dikhaskan untuk segera membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan FELDA, jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir.

“Sejumlah RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat berbanding RM300 juta tahun ini. Untuk jalan negeri, sebanyak 5.5 bilion Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) disediakan,” katanya.

Beliau berkata, turut dilaksanakan adalah kerja pembersihan jalan meliputi longkang, saliran air, bahu jalan dan persekitaran sehingga selamat digunakan.


“Kerajaan sudah meluluskan perolehan sebuah jambatan Bailey kepada semua kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS 2025 sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan terputus akibat bencana banjir.

“Sebanyak RM178 juta bagi memasang lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara, RM30 juta disediakan untuk terus memanfaat peranan Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.

“Malah kerajaan turut bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori