Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Elyana ‘Amuk’ Di Instagram...

NAMA penyanyi yang popular menerusi lagu Niat, Elyana kini sering menjadi buah mulut...

ISN Ambil Langkah Proaktif...

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) mengambil langkah proaktif dalam memastikan atlet...

Setiap Malam Wanita Rohingya...

ALOR SETAR - Wanita-wanita Rohingya yang ditahan di kem transit sindiket pemerdagangan manusia...

Sarawak Tambah Jumlah Tanah...

KAPIT - Kerajaan Sarawak merancang untuk menambah jumlah rizab tanah komunal di negeri...

Bom Kuat Gegar Beirut Menjelang Ulang Tahun Perang Gaza

LUBNAN : Bola api raksasa kelihatan menerangi langit dan kepulan asap malayang di selatan Beirut, semalam selepas Israel melancarkan serangan udara sengit yang menyasarkan Hizbullah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel untuk segera melakukan gencatan senjata sewaktu satu lagi serangan melanda pinggir bandar selatan ibu negara.

Tentera Israel pula berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang ulang tahun serangan Hamas pada 7 Oktober, yang mencetuskan perang di Gaza.

Selepas konflik yang dahsyat selama setahun di Gaza, Israel mula mengalihkan tumpuannya ke utara kepada Hizbullah, sekutu Hamas yang disokong Iran di Lubnan.

Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan berkata, kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut dilanda lebih 30 serangan dan letupan kedengaran di seluruh bandar.

Sebuah stesen minyak dan gudang bekalan perubatan turut diserang.

“Serangan itu seperti gempa bumi,” kata pekedai Mehdi Zeiter, 60.

Tentera Israel berkata, mereka menyerang kemudahan penyimpanan senjata dan infrastruktur dan mendakwa mengambil langkah ‘mengurangkan risiko kecederaan orang awam’.

Rakaman AFPTV menunjukkan bola api besar di kawasan perumahan, diikuti dengan dentuman kuat dan letupan seterusnya. Asap juga masih berkepul dari tapak itu selepas fajar menjelang.


Di kawasan Sabra puluhan orang, dilihat membawa beg dengan berjalan kaki atau menaiki motosikal, melarikan diri ketika pengeboman paling hebat dalam perang Israel-Hizbullah.

Hizbullah berkata, mereka menyasarkan tentera Israel dengan artileri selepas zionis cuba menyusup ke arah Khallat Shuaib di Blida, di selatan Lubnan.

Dalam satu kenyataan menjelaskan, pejuang melepaskan roket ke arah tentera Israel sewaktu pemindahan ‘askar yang mati dan cedera’ di kawasan sempadan Menara selepas tengah malam.

Hizbullah juga berkata, mereka melancarkan dron serangan terhadap pangkalan tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari dalam taklimat di televisyen berkata, mereka sedang bersedia dengan peningkatan serangan hari ini.

Setahun selepas perang Gaza, perang Israel di Gaza menentang Hamas masih berterusan malah ia mula beralih tumpuan kepada Lubnan dan Hizbullah.

Ahad lalu, tentera berkata, mereka mengepung kawasan Jabaliya di utara Gaza selepas dakwaan ada tanda Hamas sedang bangkit semula walaupun hampir setahun berperang.

Tentera Israel juga berkata, mereka sudah membunuh kira-kira 440 pejuang Hizbullah di Lubnan ‘dari darat dan udara’ sejak Isnin lalu, apabila mereka mula ‘menyasarkan’ operasi darat terhadap Hizbullah. 

-AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori