Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gagal Pertahan Bos, DAP...

KUALA LUMPUR - Niat mereka hendak mempertahankan kenyataan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) minggu...

Wan Kuzain Jadi Pemain...

PEMAIN yang dikenali sebagai ‘Messi Amerika’ suatu masa dahulu, Wan Kuzain Wan Kamal...

Perempuan Simpanan Bunuh Kekasih...

PEREMPUAN ini memang kejam. Dia sanggup membunuh kekasihnya, isteri dan turut melemaskan dua...

Imigresen Kedah Tahan 18...

ALOR SETAR - Tiga kanak-kanak antara 18 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Kedah...

Daftar Masuk Guna MyDigital ID Untuk MyJPJ Ditangguhkan

SHAH ALAM – Kaedah mendaftar masuk menggunakan MyDigital ID ke aplikasi MyJPJ ditangguhkan buat sementara waktu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

MyDigital ID menerusi satu hantaran di Facebook bagaimanapun berkata, orang ramai masih boleh menggunakan cara tersebut sebagai salah satu kaedah untuk masuk ke aplikasi berkenaan.

“Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi pengguna berhubung pengumuman mengenai penggunaan daftar masuk tunggal MyDigital ID di aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober 2024.

“Bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, keputusan telah dibuat untuk menangguhkan penggunaan log masuk tunggal MyDigital ID untuk MyJPJ buat sementara waktu,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Sebelum ini, arahan berhubung keperluan penggunaan MyDigital ID dalam MyJPJ dikeluarkan menerusi pengumuman tetingkap timbul (‘pop-up announcement’) dalam aplikasi itu.


Pada Rabu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, arahan yang dikeluarkan itu bukan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan telah diturunkan serta-merta.

Jelas beliau, pengguna aplikasi tersebut boleh mendaftar masuk seperti biasa tanpa perlu menggunakan MyDigital ID.

MyDigital ID merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori