Sunday, October 13, 2024

Creating liberating content

71 Tangkapan Dalam Operasi...

IPOH - Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan...

RM10K Ganjaran Tangkap Pemburu...

LAHAD DATU - Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang...

Polis Buka Empat Kertas...

KANGAR - Polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun...

Koronavirus: 34 Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Seramai 34 rakyat Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pulang bersama 107 yang...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga nilai ambang pendapatan minimum naik kepada RM3,000 hingga RM4,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri mengakui GST adalah sistem percukaian paling telus, efisien dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara, namun ia hanya boleh dilaksanakan semula selepas nilai ambang pendapatan berjaya ditingkatkan.

“Kalau laksanakan GST sekarang, semua kena bayar, yang kaya dan yang miskin, …saya tidak boleh (terima) …berikan kita masa beberapa tahun lagi.

“Saya faham dan mengkaji sejak sedekad lalu bahawa GST adalah sistem cukai paling efisien dan memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengutip pendapatan.

“Namun berikan kita masa untuk meningkatkan ekonomi terlebih dahulu dan nilai ambang pendapatan kepada RM3,000 atau RM4,000 minimum,” katanya berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina Malaysia (ACCIM), hari ini.

Ketika ini, gaji minimum di Malaysia adalah RM1,500 sebulan.

Penganalisis menjangkakan kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Sejak Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018, satu rang undang-undang cukai penggunaan yang baharu perlu dibentangkan di Parlimen dan ia akan mengambil masa sebelum pelaksanaannya.


Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelaksanaan GST telah menjadi isu berterusan selama beberapa dekad, malahan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Beliau tidak bersetuju pada masa itu kerana merasakan gejala rasuah yang membabitkan berbilion ringgit, antara lainnya, perlu ditangani terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan cukai yang terlalu tinggi kepada pihak industri tempatan dikhuatiri boleh mengganggu momentum pelaburan domestik yang kini berada di landasan yang baik.

Ini kerana kejayaan dicapai negara bukan sahaja disumbangkan pelaburan luar negara, namun juga disebabkan pelaburan domestik.

“Kita beruntung kerana kejayaan turut disebabkan peningkatan keyakinan, komitmen dan minat ditunjukkan pemain industri domestik menyebabkan ia meningkat secara fenomena.

“Jika wujudnya perkembangan baik pelaburan domestik saya tidak boleh mematahkan kejayaan itu, maka saya tidak boleh mengenakan cukai terlalu tinggi (kepada industri),” katanya.

Mengenai Belanjawan 2025, Perdana Menteri berkata, aspek perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS) akan diberi tumpuan dengan mengenalpasti kelemahan pada pentadbiran sebelum ini.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST
  • pm

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori