Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Rogol Wanita...

BATU PAHAT - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas disyaki merogol...

Reman Remaja Bunuh Penuntut...

PORT DICKSON - Perintah reman terhadap seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh penuntut...

Ops BAH: 57 Individu...

KUALA LUMPUR - Empat remaja merupakan antara 44 individu yang ditahan dalam operasi...

Tikus Jamah Ayam Goreng,...

Ampang Jaya : Restoran di Pandan Indah, di sini, dikenakan tindakan pembatalan lesen...

Hamas Ikrar Tidak Serahkan Tebusan Israel Sehingga Perang Gaza Tamat

BAITULMAQDIS: Hamas berikrar tidak akan membebaskan tebusan Israel yang diculiknya semasa serangan 7 Oktober 2023 terhadap Israel sehingga perang Gaza tamat, tegasnya ketika megumumkan tempoh berkabung susulan pembunuhan pemimpinnya, Yahya Sinwar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berikutan pembunuhan Yahya, yang didakwa Israel sebagai dalang serangan paling maut dalam sejarah kumpulan itu, menimbulkan harapan untuk titik perubahan dalam perang termasuk untuk keluarga tebusan Israel serta warga Gaza yang mengalami krisis kemanusiaan mengerikan.

Bagaimanapun, pegawai Hamas yang berpangkalan di Qatar, Khalil al-Hayya, dalam satu kenyataan video semalam, mengulangi pendirian kumpulan pejuang Palestin bahawa tiada tebusan akan dibebaskan ‘melainkan pencerobohan terhadap di Gaza dihentikan’.

Beliau mengulangi pendirian demikian ketika berkabung meratapi kehilangan Yahya.

Menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza, tentera Israel semalam terus menyasarkan Gaza dengan serangan udara dan darat.

Yahya adalah individu paling dikehendaki Israel dan pembunuhannya diumumkan tentera Israel pada Khamis, yang mana pemergian pemimpin itu memberi tamparan hebat kepada kumpulan pejuang Palestin.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyebut pembunuhan Sinwar sebagai ‘mercu tanda penting dalam kemerosotan pemerintahan Hamas’.

Katanya, walaupun ia belum menandakan berakhirnya perang, namun kejayaan tenteranya adalah ‘permulaan akhir’.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pembekal senjata utama kepada Israel, berkata kematian Sinwar adalah ‘peluang mencari jalan menuju keamanan serta menandakan masa depan lebih baik di Gaza tanpa Hamas’.

Dalam satu kenyataan bersama, Biden dan pemimpin Jerman, Perancis dan Britain menekankan ‘keperluan segera membawa pulang tebusan kembali ke pangkuan keluarga, menamatkan perang di Gaza dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada orang awam.

Kumpulan kempen Israel, Forum Tebusan dan Keluarga Hilang menggesa kerajaan Israel dan pengantara antarabangsa untuk memanfaatkan ‘pencapaian besar itu untuk membawa pulangan tebusan’.


Pada Ogos lalu, Perdana Menteri Israe, Benjamin Netanyahu, menyatakan Yahya ‘satu-satunya halangan kepada perjanjian pertukaran tebusan’.

Pada masa sama, Israel juga berperang dengan sekutu Hamas, Hizbullah di Lubnan. Kedua-dua pihak saling berbalas tembakan roket sejak serangan 7 Oktober, dengan Israel menghantar tentera darat melintasi sempadan Lubnan bulan lalu.

Semalam (Jumaat), tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh sehari lalu, kira-kira 60 pengganas dihapuskan di selatan Lubnan.

Menerusi satu kenyataan berasingan, tentera berkata, pihaknya berjaya memusnahkan pusat kawalan wilayah Hizbullah dengan serangan udara.

Begitu juga Hizbullah yang memaklumkan pihaknya semalam ‘menghujani’ bandar Israel, Haifa dan kawasan di utaranya dengan tembakan roket .

Ia kemudiannya melancarkan ‘sekumpulan dron sarat bahan letupan’ di pangkalan pertahanan peluru berpandu udara di timur bandar Israel tengah Hadera.

Iran, Hizbullah, kerajaan Taliban Afghanistan dan pemberontak Huthi Yaman yang berkabung atas kematian Sinwar, berikrar sokongan berterusan terhadap Hamas.

“Jika Yahya syahid, akan ada 10 lagi menggantikan tempatnya,” katanya kepada AFP.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga merakamkan ucapan takziah atas kehilangan Yahya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori