Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Masjid Di Kedah Diminta...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan...

Lelaki Larikan Dua Kanak-kanak...

Kuala Lumpur: Lelaki yang melarikan dua kanak-kanak perempuan di Taman Ikan Emas, Jeram,...

51 Kilang Plastik Haram...

SHAH ALAM - Sebanyak 51 kilang plastik haram dikesan masih ingkar dengan terus...

Maszlee Seru Contohi Utusan...

ALAHAI... Bulan Julai lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dikutuk netizen kerana pegawainya biadab...

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan syarikat tersebut masih belum memenuhi keperluan pelaburan domestik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Perindustrian dalam satu kenyataan pada 25 Oktober menyatakan bahawa iPhone 16, yang dilancarkan pada bulan September, tidak boleh dipasarkan di dalam negara kerana unit tempatan, PT Apple Indonesia, belum memenuhi syarat 40 peratus kandungan tempatan bagi telefon pintar.

Ini menjadi cabaran buat Apple yang sebelum ini menikmati jualan kukuh bagi produk utamanya, terutama apabila permintaan meningkat di China.

Indonesia mempunyai ekonomi bernilai AS$1 trilion, dengan jumlah telefon bimbit aktif dianggarkan melebihi 350 juta — jauh lebih banyak daripada penduduk negara itu yang seramai 270 juta orang.


Kementerian perindustrian sebelum ini menyatakan bahawa Apple hanya melabur sebanyak 1.5 trilion rupiah (AS$95 juta) di Indonesia, lebih rendah daripada komitmen sebanyak 1.7 trilion rupiah. Apple telah membina akademi pembangun sebagai ganti kepada penubuhan kemudahan pembuatan tempatan.

Setakat ini, kira-kira 9,000 unit iPhone 16 telah dibawa masuk ke Indonesia, melalui penumpang dan kru atau dihantar melalui pos. Bagaimanapun, peranti berkenaan hanya dibenarkan untuk kegunaan peribadi dan tidak boleh diniagakan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori