Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sibuk Dengan Orkestra Tak...

CYBERJAYA - Kesibukan menyertai pasukan orkestra sekolahnya tidak menghalang Izzatul Munirah Ismail cemerlang...

Ibu & Anak Diberkas...

KANGAR - Tiga individu termasuk seorang ibu dan anak lelakinya yang dipercayai memecah...

Penyambung Legasi Bapa Jadi...

LABUAN - Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang...

Donald Trump Umum Tarik...

WASHINGTONĀ - Donald Trump berkata beliau akan menarik diri daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik...

Isu Berbangkit Berhubung RUU Mufti Dijawab Mohd Na’im – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang isu berbangkit berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 hanya akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

“Perkara itu akan dijawab Menteri Agama (Mohd Naā€™im)ā€, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan LAWASIA kali ke-37 2024, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media berhubung dakwaan peguam hak asasi, Latheefa Koya bahawa RUU itu akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Mohd Naā€™im menjelaskan bahawa fatwa yang diwartakan di bawah RUU itu hanya mengikat orang Islam sahaja dan terhad di bawah bidang kuasa negeri.


Beliau berkata, rang undang-undang itu bertujuan untuk menyediakan peruntukan berkaitan Mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta hal-hal berkaitan di Wilayah Persekutuan sahaja.

Selain itu, katanya penggubalan undang-undang yang bersifat pengawalan adalah ciri negara berdaulat dengan tiada individu bebas melanggar prinsip perlembagaan, selain sekatan kebebasan seseorang tidak bermaksud hak asasi dilanggar kerana keabsahan hak asasi ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori