Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

A. Rahman Hassan, Fadhilah...

PENYANYI terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, memilih tarikh 25 Disember...

Hadiah Nobel Keamanan Suu...

STAVANGER - Hadiah Nobel keamanan kepada Aung San Suu Kyi tidak akan tarik...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar...

Kumpulan Curi Motosikal ‘Geng...

ALOR SETAR - Polis melumpuhkan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai 'Geng Piloy'...

‘Jit Jit Penghibur Kami’

Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan ‘Jit Jit’ bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah stesen minyak di Taman Molek, di sini, malah meraih 4.2 juta tontonan di TikTok hasil video dimuatnaik pelanggan yang terhibur dengan gelagat haiwan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengusaha stesen minyak berkenaan, Fuad Othman, 46, berkata, premis itu didatangi kucing berkenaan lima bulan lalu.

Dia berkata, sebelum ini beberapa kucing turut singgah di stesen minyak itu namun tidak kekal lama atau bersilih ganti berbanding Jit Jit.

Menurutnya, Jit Jit kebiasaannya lebih aktif pada waktu malam dan gelagatnya yang gemar bermanja dengan kakitangan stesen minyak menarik perhatian pelanggan.

“Walaupun saya bukan pencinta kucing namun saya tidak pernah melarang kakitangan untuk memberikan mana-mana kucing yang singgah di sini makanan dan begitu juga dengan Jit Jit.

“Jit Jit menjadi kucing keempat atau kelima yang singgah di stesen ini setakat ini.

“Apa yang penting kita tidak menjejaskan kelancaran operasi stesen minyak.

“Pekerja saya rajin membersihkan Jit Jit dan memberi makanan hingga ia menjadi sebahagian daripada keluarga kami,” katanya.


Fuad berkata, seorang pelanggan bertindak merakamkan gambar Jit Jit serta berkongsi di media sosial hingga ia tular.

Katanya, dia tidak sangka ada dalam kalangan pencinta kucing dari kawasan sekitar yang sanggup ke stesen minyak untuk bertemu dengan Jit Jit.

“Sebenarnya kami berkongsi populariti Jit Jit dan saya setuju dengan pendapat seorang pekerja di sini yang menyatakan kami tidak memilihnya sebaliknya Jit Jit yang memilih kami, mungkin ia sudah ditentukan dan bawa kebaikan.

“Saya teruja dengan keprihatinan ramai terhadap Jit Jit yang sanggup menyumbang makanan,” katanya.

Sementara itu, pekerja stesen minyak, Nabil Ishak, 25, berkata, Jit Jit juga sudah selesa memakai jaket menyamai warna baju pekerja.

“Kami juga memasang tanda nama pada bajunya yang membuatkannya lebih comel namun didapati ia sudah hilang kerana Jit Jit gemar bergerak terutama waktu malam.

“Kami akan pastikan makanan dan air bersih disediakan bagi Jit Jit kerana kami menyayanginya serta dia menjadi penghibur bagi kami serta meningkatkan lagi keceriaan ketika bekerja,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori