Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa...

SINGAPURA - Fatwa yang konon dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan...

Waspada Dengan Tawaran Bantuan...

Johor Bahru : Seorang pemandu lori rugi RM150 selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Seorang Lagi Lelaki Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Datin Seri Didakwa Gagal...

BUTTERWORTH - Seorang wanita bergelar Datin Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

JKM Cari Waris Bayi Perempuan

Kuala Berang : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai JKM Daerah Hulu Terengganu Ahmad Zaidi Zulkifli berkata, bayi berkenaan dijumpai di luar pagar rumah penduduk di Kampung Bukit Tokbat dekat sini, pada 5 Oktober tahun lalu pada 4.50 petang.

Menurutnya, bayi itu diletakkan di dalam sebuah kotak beralaskan tuala bersama tali pusat yang sudah dipotong.

Katanya, satu set pakaian lengkap bayi, satu kotak tisu basah, satu botol minyak angin, dua lampin pakai buang dan satu keping kertas yang mengandungi nota yang ditulis ibu bayi berkenaan turut ditemukan di dalam satu kotak yang lain.

“Orang awam kemudian membawa bayi itu ke Balai Polis Kuala Berang sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, untuk rawatan lanjut,” katanya.


Ahmad Zaidi berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor, Pahang selepas mendapat perintah mengikut Seksyen 30(1)(c) dan Subseksyen 30(8) daripada Mahkamah Majistret Hulu Terengganu untuk ditempatkan dalam institusi JKM pada 29 Januari lalu sehingga kini.

Beliau berkata, usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Pelindung JKM Daerah Hulu Terengganu, Rusmiza Jusoh di talian 096811315,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori