Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kolej Swasta Sukarkan Polis...

KUALA LUMPUR - Kegagalan institusi pendidikan tinggi swasta mematuhi prosedur Perkhidmatan Global Pendidikan...

Nina Iskandar Belum Ada...

PELAKON berasal dari Brunei, Nina Iskandar mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka...

Orang Sabah Tak Rasa...

HANYA kerana mahu bermesra dengan peminatnya, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah disalaherti...

UiTM Juarai Pesta Koir...

SHAH ALAM – Kumpulan koir Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC),...

JKM Selamatkan Budak 4 Tahun Disyaki Didera

Putrajaya : Kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera ibu bapanya, seperti tular di laman sosial media pada Khamis lalu, telah diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan JKM Selangor telah turun melakukan siasatan semalam dan kanak-kanak perempuan itu telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

“Selesai pemeriksaan, JKM akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini berdasarkan Seksyen 25 (2)(b), Akta Kanak-kanak 2001.

“KPWKM serius mengambil tindakan segera bagi kes-kes yang berlaku dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Polis Diraja Malaysia juga sedang menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut.

Kementerian menegaskan komitmennya untuk terus meningkatkan kesedaran awam melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.


Kementerian juga memastikan tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah yang terlibat dalam kes penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak.

“KPWKM juga ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan supaya menghubungi pihak polis atau Talian Kasih KPWKM di talian bebas tol 15999 atau pesanan WhatsApp di nombor 019-2615999.

“Orang ramai juga boleh terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pengguna yang meminta bantuan orang ramai untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang disyaki didera ibu bapanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori