Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KAFA Perlu Kerja Keras...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu berusaha lebih keras mencari...

Warga Indonesia Positif COVID-19...

KUCHING - Dua lelaki warga Indonesia yang disahkan positif COVID-19 menghilangkan diri rumah...

Kerajaan Jangan Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar ekonomi terkenal menggesa kerajaan supaya membiarkan pasaran bertindak...

Redha Dan Doakan Yang...

DENGANƃā€šĆ‚Ā pengisytiharan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan oleh Ketua Pengarah...

Johor Tidak Terikat Kerjasama BN-PH – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU – Johor tidak terikat secara langsung dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Menurut beliau, tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti ‘lebih sudu daripada kuahā€™ dalam Kerajaan Perpaduan di Johor juga sepatutnya tidak berlaku.

ā€œKalau betul PH nak berlaku adil, patutnya minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut juga dari Abang Jo (Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg) supaya buatkan Kerajaan Perpaduan di Sarawak sebab GPS (Gabungan Parti Sarawak) adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini,ā€ katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau pada Khamis.

Sementara itu, Nur Jazlan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara turut menyelar parti-parti tertentu yang menjadikan kerajaan Johor seperti pasar borong termasuk Amanah yang menuntut pelbagai jawatan seperti Ecxco, malah sehingga ke ketua kampung meskipun hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambah beliau, bukan hanya peringkat Johor, malah di Persekutuan sekali pun PKR dan Amanah bukanlah parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan `poker politikā€™.

ā€œDalam konteks permainan poker politik ini, hanya mereka yang benar-benar ada skil, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama.

ā€œBagi saya hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak bluff, bila nak raise dan bila nak ambil risiko.

ā€œDua parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu.


ā€œMereka (PKR dan Amanah) hanya sesuai duduk depan mesin kuda atau main roulette sahaja sebab mereka mengharapkan nasib baik dan kekalahan lawan sahaja dan bukan kekuatan jentera parti atau strategi,ā€ katanya.

Tambah beliau, dalam Kerajaan Perpaduan, hanya UMNO dan DAP merupakan pemain utama dan menguasai `meja pokerā€™ disebabkan mempunyai kekuatan ahli, penyokong dan jentera.

Sehubungan itu, katanya, PKR dan Amanah perlu sedar mereka tidak mempunyai kelebihan tersebut, justeru tidak patut untuk duduk bersama di `meja pokerā€™.

ā€œLagi pun, nasib bukanlah satu strategi yang boleh diharapkan dalam jangka masa panjang. Strategi benci UMNO macam zaman dulu pun tak boleh dipakai sekarang kerana UMNO sudah jadi kawan pergantungan,ā€ katanya.

Kenyataan Nur Jazlan itu merujuk kepada desakan berterusan PH Johor kepada BN supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri itu selepas kejayaan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu lalu.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak perlu ditangguhkan lagi sekiranya mereka merasakan gabungan PH-BN yang terbaik untuk masa depan negara dan Johor.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori