Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Rogol Exco Perak...

IPOH - Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirinya dirogol seorang Exco Kerajaan...

Pemberian Vaksin COVID-19 Harian...

PUTRAJAYA - Pemberian dos vaksin COVID-19 harian di negara ini melepasi angka 100,000...

“Tinggalkan PAS, Tinggallah PAS”...

KUALA LUMPUR - PAS tidak takut jika ada ahli yang mahu meninggalkan parti...

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak...

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim...

Jual Alas Kaki Corak Kaabah Dan Masjid, Dua Lelaki Direman 3 Hari

Georgetown: Dua lelaki ditahan reman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan penjualan alas kaki didakwa menyerupai corak kaabah dan masjid.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi ke atas suspek berusia 26 dan 41 tahun, selepas menerima permohonan polis.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.


Sebelum ini Harian Metro melaporkan, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, dua lelaki yang juga penjual dan pemilik kedai di bazar Lebuh Pasar di sini, ditahan susulan penjualan alas kaki menyerupai kaabah dan masjid.

Pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki bercorak demikian dijual kepada orang ramai sebelum membelinya dan membuat laporan polis.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori