Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Sedia Timbangkan Jawatan...

KUALA LUMPUR - Umno akan mempertimbangkan permintaan pergerakan Wanita supaya dua kerusi tambahan...

Masalah Sampah Di Bukit...

KUALA LUMPUR – Masalah 16 tan sampah sehari yang dihasilkan oleh penduduk sekitar...

Wow! Pemimpin PAS Tampil...

KOTA BHARU - Berbeza muktamar sebelum ini, pemimpin PAS yang menghadiri Muktamar ke-62...

Gambar Babi Menyerupai Manusia...

NANNING – Gambar seekor anak babi yang dikatakan mempunyai wajah menyerupai babi dengan...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak ditahan pihak berkuasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian berlaku di Kampung Simpangan di Pengkalan Kubor, di sini, selepas suspek menyedari keretanya diekori penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Terdahulu, kereta jenis Proton Persona itu dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika menghala Kampung Simpangan kira-kira 7 pagi.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail, pihaknya mengekori kenderaan terbabit bermula dari Kampung Bendang Pak Yong, namun sebaik tiba di Kampung Simpangan, pemandunya menyedari kehadiran pihak berkuasa lalu memberhentikan kereta dan keluar melarikan diri.


“Pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa 850kg minyak masak bersubsidi yang disimpan dalam kotak dan plastik biru pada bahagian penumpang dan bonet.

“Nilai minyak masak dianggarkan RM2,125 dan diperoleh dari luar Kelantan untuk diseludup ke Thailand menerusi Sungai Golok,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori