Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Jom Saksikan Proses...

Meskipun golongan Muslim merupakan minoriti di New York, tidaklah begitu sukar mencari makanan...

Peranti Rokok Elektronik Meletup,...

NIAT seorang perokok tegar yang menggantikan tabiatnya dengan menghisap rokok elektronik bertukar ngeri...

Bantu Kongsi Gelap: Beberapa...

KUALA LUMPUR ā€“ Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan menahan beberapa lagi individu...

Mana Suara Pemimpin, Menteri...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membidas sesetengah pemimpin...

Keracunan Makanan: Exco Arah Heret Pengusaha Kantin Ke Mahkamah

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak diarah mengheret pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor dekat sini ke mahkamah susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 134 murid di sekolah berkenaan minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, pendakwaan di mahkamah akan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menurutnya, berdasarkan amalan sebelum ini mengikut akta tersebut, pegawai kesihatan diberikan kuasa untuk mengarahkan mana-mana premis yang tidak bersih diarah tutup selama 14 hari termasuk kantin sekolah tersebut.

“Dalam seksyen yang sama, kita boleh mendakwa di mahkamah tetapi jarang-jarang kita buat kerana kita tidak mahu hukum seseorang semata-mata keadaan itu tetapi ini merupakan kes yang sangat serius.

“Jadi saya juga telah memutuskan bahawa kita harus mendakwa dia sebab kita ada cukup kes untuk buktikan di mahkamah. Kes ini harus dibawa ke mahkamah, dia akan didakwa dan biar dia buktikan kes ini di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas melawat kantin SK Chepor di sini pada Selasa.

Sivanesan berkata, proses pendakwaan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat melalui pendakwa raya Jabatan Kesihatan Perak.

Beliau berkata, tindakan tegas itu diputuskan sebagai memberi pengajaran kepada semua pengusaha kantin lain supaya tidak memandang ringan soal kebersihan premis masing-masing.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pengusaha kantin terbabit juga sudah ditamatkan kontrak serta-merta susulan isu terbabit.

“Saya nasihatkan kepada jabatan (pendidikan) untuk tamatkan kontrak serta-merta sebab dia dah dapat dua teguran sebelum ini secara bertulis daripada pihak pentadbiran sekolah, jadi memang dia ada rekod.

“Saya juga meminta kepada pihak sekolah pada masa akan datang supaya melantik seorang guru bukan sahaja untuk menjaga kebersihan kantin, tetapi bertindak sebagai taste panel. Beliau kena rasa sedikit makanan sebelum diserahkan kepada anak-anak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sivanesan turut memberi amaran kepada pengusaha restoran di negeri ini agar memastikan premis mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan melayan sebarang rayuan daripada mana-mana pihak jika melakukan kesalahan berkaitan isu kebersihan kerana ia melibatkan nyawa.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori