Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mohd. Khairuddin Digugurkan Daripada...

MARANG : Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK)...

Ambil Ahli Baharu Bukan...

KUALA LUMPUR - Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi...

Irfan Mahu Felda United...

MARAN - Pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mahu anak buahnya meneruskan...

Paderi Tak Sokong Gay,...

SEORANG pastor (ketua agama) penyokong anti-gay mendapat malu besar apabila 'kantoi' bermesra-mesra dengan...

Kes Bunuh Sabari: Suspek Dituduh Di Mahkamah Esok

Alor Setar : Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom akan dituduh di Mahkamah Majistret Kubang Pasu, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan merujuk kes berkenaan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, Isnin lalu.

Katanya, polis mencadangkan agar suspek pertama dan kedua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan berdasarkan fakta serta keterangan mengikut keadaan bukti ketika kejadian.

“Datuk PPN bersetuju dengan cadangan pihak polis dan mengarahkan tuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Kubang Pasu pada 17/10/24 (Khamis),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September bulan lalu dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.


Kehilangan mangsa disedari anak-anaknya selepas gagal menghubungi bapa mereka namun mengesyaki berlaku beberapa transaksi pengeluaran wang melalui akaun bank bapa mereka.

Berikutan itu, laporan polis dibuat berhubung kejadian sebuah kereta Proton Waja milik mangsa ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik namun Sabari tiada di situ.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dalam kenyataannya dilaporkan berkata, wajah suspek yang dicam oleh Sabari ketika disamun menjadi motif pembunuhan pesara Felcra itu pada awal September lalu.

Hasil soal siasat terhadap dua suspek itu mereka mengaku mengikat tangan dan menutup mulut Sabari dengan pita pelekat sebelum dicampakkan ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa pada 4 September lalu bagi melupuskan bukti.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori