Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail...

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail Sabri

PAS Kesal Harimau Malaysia...

KUALA LUMPUR - PAS kesal kerana Harimau Malaysia menyertai Piala AFF 2016 yang...

Sokongan Warga KKMM Perlu...

KOTA KINABALU - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) khususnya di Sabah diminta...

Gempar Mayat Lelaki Bawah...

KUALA LUMPUR - Pengunjung serta peniaga di sekitar Pasar Pudu digemparkan dengan penemuan...

Kibar Bendera China: Polis Sahkan Penganjur Langgar Syarat Permit, Terima 16 Laporan

IPOH – Pihak penganjur perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Menara Condong Teluk Intan, Khamis lepas didapati melanggar syarat permit kerana membenarkan warga asing turut serta dalam perarakan berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober itu, jelas melarang warganegara asing daripada menyertai perarakan berkenaan.

“Hasil semakan mendapati penganjur mempunyai permit polis yang telah diluluskan pada 2 Oktober, bagaimanapun pihak penganjur didapati telah melanggar syarat permit yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizi berkata, setakat ini, pihak polis telah menerima 16 laporan berhubung kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana penganjur melanggar syarat permit dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing di tempat awam.

Semalam Azizi berkata, seramai 16 warga China yang terlibat dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia dan mengibarkan bendera asing ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan telah diambil keterangan.


Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang adalah pengiring kepada 16 orang warganegara China terlibat turut dirakam percakapan.

“Kesemua warganegara China terlibat mengaku telah mengibar bendera negara China pada perarakan berkenaan,” katanya.

Azizi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori