Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Warden Penjara...

KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang warden penjara Pusat...

Parlimen Bagan Datuk Lokasi...

BAGAN DATUK — Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018), yang bertujuan meningkatkan tahap...

Gempa Turkiye: 70 Lagi...

PUTRAJAYA – Seramai 70 lagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan...

Zulfadli Juarai Terbuka Brazil,...

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli akhirnya berjaya meraih gelaran sulung...

LKAN 3/2023: Subsidi Produk Petroleum RM34.546b, Tertinggi Tahun Lalu

PUTRAJAYA : Subsidi produk petroleum adalah yang tertinggi direkodkan daripada keseluruhan perbelanjaan subsidi dikenakan kepada perbelanjaan atau Vot Mengurus bagi 2023.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2023, perbelanjaan subsidi bagi produk berkenaan berjumlah RM34.546 bilion atau 70.2 peratus daripada keseluruhan RM49.190 bilion.

Perbelanjaan subsidi barangan petroleum itu membabitkan produk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) yang dibekalkan 16 syarikat pengeluar bagi tuntutan Januari hingga November 2023.

Perbelanjaan terbabit menurun RM10.638 bilion atau 23.5 peratus berbanding 2022 yang berjumlah RM45.184 bilion. Ia disebabkan harga purata produk petroleum satu tong di pasaran dunia AS$82.60 berbanding AS$99.80 pada 2022.


Berdasarkan jadual dikongsikan dalam LKAN 3/2023, produk petrol mencatatkan perbelanjaan subsidi berjumlah RM18.317 bilion, diikuti diesel (RM13.512 bilion) dan LPG (RM2.717 bilion).

Bagaimanapun, perbelanjaan subsidi keseluruhan yang dikenakan kepada Vot Mengurus bagi 2023 adalah sebanyak RM49.190 bilion, turun 11.3 peratus atau RM6.253 bilion berbanding RM55.443 bilion tahun sebelumnya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori