Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kedah Catat Rekod Tanam...

BUKIT KAYU HITAM – Sebanyak 4,005 pokok mangga harumanis ditanam secara serentak di...

Enam Poliklinik Buat Veteran...

JITRA – Kementerian Pertahanan akan membina enam poliklinik khas untuk bekas anggota dan...

Ajaran Sesat Makin ‘Subur’...

MERIAH... Sejak berjaya tubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan (PH) didakwa sengaja ‘izin’ pelbagai ajaran...

Mahathir Akan Bincang Kontrak...

KUALA LUMPUR - Kontrak yang melibatkan projek antara Malaysia dan China akan menjadi...

MPAJ Tarik Kereta Tersangkut Di Tebing Runtuh

Kuala Lumpur : Dua kenderaan yang hampir terjatuh di tebing Sungai Kerayong, Taman Lembah Maju, Ampang, Selangor, yang runtuh semalam berjaya ditarik malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata, kejadian tebing anak Sungai Kerayong runtuh berlaku pada 7.15 malam selepas hujan berpanjangan semalam.

“Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa, namun dua kenderaan hampir jatuh ke dalam sungai sudah dikenal pasti.

“MPAJ menerusi Pasukan Tindakan Segera (Pantas) membuat kawalan lalu lintas serta melaksanakan kerja menarik keluar dua kenderaan itu dari lokasi kejadian menggunakan trak tunda, kira-kira 9 malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.


MPAJ berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja pembaikan lanjut pada struktur tebing anak Sungai Kerayong yang mengalami kerosakan.

“Orang ramai khususnya penduduk Ampang juga diingatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk bencana terutama ketika musim peralihan monsun dan musim tengkujuh yang diikuti hujan lebat dan angin kuat,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Pantas MPAJ di talian 03-42857333 sekiranya berlaku sebarang bencana.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori