Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pameran ‘Dirgahayu TYT’ Sabah...

KOTA KINABALU – Sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin...

Kecewa Isu Beli Alat...

TERKILAN dengan artikel menyatakan dirinya membeli alat ujian kehamilan, pelakon jelita Emma Maembong...

Porsche Terperosok Bawah SUV...

GEMPAR... Seorang petugas valet di Hotel Hyatt Regency di Sydney, Australia secara tidak...

Polis Thai Rampas 3.2...

CHIANG RAI (Thailand) - Polis menangkap lapan suspek dan merampas lebih tiga juta...

MUIP Sedia Bantu Ahli GISBH Bebas Siasatan, Dakwaan Mahkamah, Hidup Dalam Kesempitan

KUANTAN : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedia membantu ahli GISB Holdings (GISBH) selepas bebas daripada siasatan pihak berkuasa bagi meringankan beban mereka yang hidup dalam kesempitan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata mereka yang hilang sumber pendapatan boleh diberi bantuan kewangan secara bulanan dan sekali bayar.

Selain itu, katanya, mereka juga berpeluang menerima bantuan modal perniagaan, termasuk peralatan sekiranya sebelum ini terbabit dengan perniagaan.

“Bagi keluarga besar, termasuk ibu tunggal yang mempunyai tanggungan ramai, layak menerima bantuan keperluan harian setiap bulan selain tempat tinggal.

“Bagaimanapun, kita menetapkan beberapa syarat seperti mereka bebas daripada dakwaan mahkamah berhubung GISBH dan terbukti tiada lagi kaitan dengan pertubuhan berkenaan.

“Paling utama mereka perlu mengikuti kelas pemulihan yang diadakan pihak berkuasa secara berterusan dalam memastikan tidak terus terbabit dengan GISBH,” katanya.


Beliau berkata, MUIP prihatin dengan nasib pengikut yang menjadi mangsa pihak tertentu dalam GISBH dan masyarakat yang ada maklumat mengenai ahli GISBH dalam kesempitan hidup boleh menghubungi pihak majlis di setiap daerah dan negeri.

“Kita akan siasat sebelum sediakan bantuan sesuai kepada mereka. Setakat ini MUIP mengesan satu keluarga yang bebas daripada tindakan undang-undang berkaitan GISBH.

“Pasangan berkenaan mempunyai 10 anak dan kini tiada pendapatan selepas kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap GISBH. Perbincangan akan dilakukan membabitkan bentuk bantuan diperlukan keluarga terbabit.

“Kita ingin lihat mereka dapat memulakan hidup baharu yang lebih baik dan bebas daripada pengaruh pihak yang dilarang pergerakannya. Menjadi tanggungjawab MUIP bela nasib pihak dalam kesusahan dan kesempitan hidup,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori