Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Dirogol 40 Lelaki...

NEW DELHI - Polis India menahan seorang pemilik rumah tetamu dan pengurusnya, selepas...

Terengganu Tekad Cemerlang Saingan...

KUALA TERENGGANU - Sikap terlalu berhati-hati dan teragak-agak untuk merebut bola daripada pihak...

Agong, Permaisuri Santai Nikmati...

SHAH ALAM - Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

‘MN Bermasalah Kerana Hubungan...

PAS sekali lagi menegaskan Muafakat Nasional (MN) masih wujud dan masalah yang berlaku...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

SHAH ALAM – Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, penganjuran program berkenaan jelas melanggar batas agama dan budaya.

“Program ini dibuat bukan dalam Gua Kahfi tetapi dilakukan secara terang-terang. Mustahil program seperti ini tidak diketahui oleh pihak berkuasa dan penguat kuasa.

“Program pembangkang yang kita tidak bagi tahu pun mereka tahu, sedangkan ini terang-terang,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai acara larian antarabangsa yang diadakan di sebuah hotel di Desaru Kota Tinggi dengan pemakaian tidak senonoh.

Sehubungan itu, polis memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti individu beberapa individu yang terbabit dalam program berkenaan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kebanyakan pihak yang melakukan acara yang melanggar batas itu sering meminta maaf ekoran terkhilaf.


“Bagaimanapun, apabila ada pihak yang bantah… Ini ekstrem dan pelampau agama, ghulul, khawarij, syiah.

“Apabila dibantah, mereka kata bagaimana negara hendak maju, asyik bangkit perkara remeh?” soalnya.

Pada masa sama, Idris turut mempersoal nasib orang Islam yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia, namun masih ada yang berkelakuan biadab.

“Jangan biarkan normalisasi budaya jijik berlaku dalam negara kita.

“Kita ada undang-undang, kita ada budaya, kita ada tatasusila,” ujarnya.

-Sinar Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori