Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Batal ECRL Sekat Kemajuan...

PEMBATALAN projek keretapi dari Pantai Barat ke Pantai Timur (ECRL) yang diputuskan semasa...

Malaysia Dapatkan Idea Ekonomi...

BEIJING - Malaysia akan mendapatkan idea mengenai pembangunan ekonomi digital daripada taikun Internet...

Pengapit Pengantin Diraba Tetamu...

JIJIK. Seorang gadis mengalami pengalaman yang menakutkan apabila dia diraba oleh sekumpulan lelaki...

JKKN N. Sembilan Anjur...

SEREMBAN - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan akan menganjurkan Program...

Pemandu Wanita Sebabkan Kematian 3 Pelajar UiTM Dungun Didakwa Membunuh

DUNGUN: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 9 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Norizan Ismail, 49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM di sini, jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah dan Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.

Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Media sebelum ini melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.

Dalam kejadian itu, tiga penuntut itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera.

BHonline-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori