Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Parlimen Permatang Pauh, Antara...

ALOR SETAR - Pengundi di Parlimen Permatang Pauh perlu menyedari kebajikan mereka telah...

Penduduk Luar Bandar Perlu...

ALOR GAJAH - Penduduk luar bandar perlu mempunyai daya saing yang tinggi bagi...

Olimpik: Atlet Angkat Berat...

RIO DE JANEIRO - Atlet angkat berat Armenia, Andranik Karapetyan dikejarkan ke hospital...

TPPA Perlu Dibentang Di...

KOTA KINABALU - Dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) perlu dibentangkan di Dewan Rakyat...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan yang tidak mempunyai kaitan dengan pertuduhan dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, soalan yang dikemukakan kepada bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang juga saksi pendakwaan ke-23 itu adalah berkaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Peguam Guan Eng bertanya kepada saksi (Zarul Ahmad), adakah hubungan anda (Zarul Ahmad) dengan ahli perniagaan G Gnanaraja adalah sangat baik berdasaran perbualan menerusi WhatsApp. Tak perlulah penjelasan lebih mendalam mengenai perbualan tersebut,” kata Wan Shaharuddin.

Terdahulu, peguam RSN Rayer mewakili Guan Eng membangkitkan isu sensitif mengenai perbualan tersebut membabitkan Najib hingga menimbulkan kemarahan terhadap Zarul Ahmad kerana soalan itu tiada kena mengena dengan pertuduhan dihadapi Guan Eng dan ia merupakan serangan peribadi terhadap saksi berkenaan.

“Soalan ini penting bagi membuktikan keakraban antara Gnanaraja dengan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu,” kata peguam.

Dalam pada itu, Rayer menjelaskan tindakan beliau bertanyakan soalan peribadi kepada Zarul Ahmad adalah selari dengan tindakan pendakwaan sebelum ini yang mencetuskan trial by media kerana mencadangkan anak guamnya menerima habuan daripada saksi berkenaan.

Bagaimanapun, Wan Shaharuddin berkata, keterangan saksi bahawa tertuduh menerima 10 peratus duit rasuah yang dikatakan trial by media itu adalah berkaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Guan Eng.


Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan bantahan oleh pihak pendakwaan dan memerintahkan soalan itu dibuang kerana ia tidak relevan.

“Mengapa anda (peguam) membangkitkan isu trial by media kerana pertuduhan terhadap tertuduh adalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pihak pendakwaan perlu membuktikan kes tentang penerimaan (rasuah), mengapa nak bandingkan apa yang dikatakan oleh saksi tentang hal lain,” katanya dan menetapkan 15 November ini untuk menyambung perbicaraan kes itu.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 63, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad, sebagai upah untuk membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik bagi projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, antara jam 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori