Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Representasi Ditolak, Pemilik Bersama...

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menolak representasi yang dikemukakan...

PDRM Akan Panggil Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua individu terbabit dalam...

1.2 Juta Warga China...

Kementerian Dalam Negeri akan memberi penjelasan semula berhubung isu lebih 1.2 juta rakyat...

Maraton 18 Episod Shamsul...

Siapa tidak kenal wajah paling trending di media baharu - Shamsul Debat.Klip...

Penghantar Makanan Maut Langgar Kotak Kuasa TNB

MELAKA – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh kotak kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Ayer Keroh-Gapam dekat sini pada malam Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu, menyebabkan mangsa, Tan Tian Hau, 48, yang menunggang motosikal jenis Honda Dash meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kotak kuasa milik TNB yang berada di bahu jalan.


“Mayat mangsa telah di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan motosikal mangsa dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori