Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Kebebasan Maklumat Perlu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) percaya bahawa ketelusan boleh dicapai...

SPAN Belum Terima Permohonan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih belum menerima permohonan daripada...

Macau Scam: Pelakon, Pengacara...

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita antara beberapa artis akan...

Ambil Pekerja Asing Sebab...

PUTRAJAYA - Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap sebagai tindakan berjiwa besar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau percaya Najib akan mendapat keadilan sewajarnya.

“Kenyataan maaf yang dibaca anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar secara tidak langsung membuatkan rakyat semakin memahami pertuduhan dan apa yang dialami Najib.

“Rabu depan adalah keputusan sama ada Najib perlu membela diri terhadap kes 1MDB, kita pulangkan kepada mahkamah sama ada beliau perlu bela diri atau tidak, namun rakyat semakin faham kes ini,” katanya.

berkata demikian selepas meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ketua-ketua UMNO Cawangan Bahagian Pontian di Dewan Umno Pontian, di sini, hari ini.

Kelmarin, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1MDB.


Dalam kenyataan yang dibacakan Mohamad Nizar, Najib dilaporkan kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Umno Johor itu berharap supaya dalang utama yang sebenar dalam kes SRC dan 1MDB dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

“Saya sentiasa merujuk dan mengikuti kes Najib, saya harap beliau diberikan keadilan dalam kes ini.

“Semoga keadilan sewajarnya diberikan kepada beliau di mahkamah kelak,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori