Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sumbangan Raja Faisal, Arab...

KUALA LUMPUR - Dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi)...

Kesedaran Potensi & Kehebatan...

KUALA LUMPUR - Kesedaran memperkasakan potensi dan kehebatan wakaf perlu diperluaskan bagi membantu...

13 Remaja Lelaki Didakwa...

Lahad Datu : Tiga belas remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Hukum Wanita Bergaul Dengan...

PERGAULAN dengan golongan lelaki lembut khususnya bagi Muslimah perlu dititikberatkan. Islam tidak menghalang komunikasi...

Polis Bawa Lelaki Bergari Ke Sungai Padang Terap

JITRA: Penduduk Kampung Empa mendakwa melihat kehadiran angggota polis membawa seorang lelaki dalam keadaan bergari meninjau lokasi sekitar Sungai Padang Terap di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, penduduk tidak menyangka kehadiran sepasukan polis itu adalah bagi menjalankan siasatan kes kehilangan pesara kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, sejak 3 September lalu.

Sabari dipercayai dicampak ke dalam sungai berdekatan kampung itu dalam keadaan tangan berikat dan mulut ditutup oleh suspek selepas berlaku pertikaian antara mereka.

Berikutan itu, polis dan bomba mula menjalankan operasi mencari di Sungai Padang Terap sejak kelmarin, bagi mengesan jasad Sabari yang kini dipercayai hanyut pada jarak lebih 10 kilometer (km).

Operasi mencari dikatakan agak sukar dilakukan kerana sungai terbabit turut bersambung dengan beberapa sungai kecil lain, di mana jasad mangsa mungkin tersangkut.

Selain itu, faktor cuaca tidak menentu termasuk hujan turut memberikan cabaran kepada anggota pasukan penyelamat yang perlu berhati-hati sepanjang melakukan operasi berkenaan.


Bagaimanapun, pihak berkuasa yakin mampu menemui jasad Sabari dalam tempoh terdekat apabila kawasan pencarian diperluas hari ini, sehingga ke sungai sekitar Pelubang, Tandop Chegar dan Taman Dato Osman Aroff, Jitra.

Sebelum ini, wanita berusia 62 tahun dilaporkan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan mangsa.

Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki Proton Waja pada 3 September lalu.

Kehilangan Sabari disedari anggota keluarganya selepas telefon bimbit miliknya gagal dihubungi selain terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang dalam salah satu akaun bank miliknya dibuat dua hari selepas kehilangannya.

Kenderaan dinaiki Sabari pula dilaporkan ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik, namun kelibatnya tidak kelihatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori