Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Politikkan RUU 355...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak...

Harga Barang Jauh Berbeza...

PENJELASAN sebuah rangkaian kedai mengenai harga barangan yang dijual, dianggap banyak pihak seperti tidak...

Aidil Dah Lama Tahu...

RENTETAN tindakan Aidil Zafuan membuat laporan polis kerana nombor telefon isterinya Zarema Zainal didedahkan di...

Pengumuman Kerajaan PH Berubah-Ubah...

TERDAPAT "corak komunikasi perhubungan awam yang mengganggu" berhubung cara pentadbiran PH membuat pengumuman...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan kaki melalui Tambak Johor dari negara jiran itu ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Migran berkenaan kemudian ditempatkan di sebuah rumah di Taman Daya, di sini, sebagai premis transit sebelum ke destinasi tertentu.

Itu modus operandi digunakan sindiket penyeludupan migran didalangi warga tempatan dan Bangladesh yang berjaya dibongkar polis selepas menyerbu rumah terbabit 9 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata serbuan jam 5.30 pagi itu dibuat hasil maklumat dan risikan polis berkait aktiviti penyeludupan migran sekitar Tambak Johor yang dikesan aktif sejak Ogos lalu.

Katanya, hasil serbuan mendapati kediaman berkenaan dijadikan rumah transit bagi menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum mereka ke destinasi tertentu.

“Dalam serbuan itu, seorang wanita tempatan dan tiga lelaki warga asing yang berperanan sebagai pengurus atau transporter atau penjaga rumah penampungan itu berjaya ditahan.

“Selain itu, 21 lelaki warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 44 tahun juga ditahan. Siasatan awal mendapati, migran dari Bangladesh dengan membayar kira-kira RM20,000 dan awalnya diurus ejen di negara berkenaan.


“Mereka kemudian transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan selepas itu diuruskan oleh ejen sindiket untuk masuk Malaysia dengan cara berjalan kaki melalui laluan terpencil menuju ke BSI.

“Seterusnya, akan diambil oleh transporter untuk dihantar ke rumah penampungan,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, polis merampas, 25 telefon bimbit pelbagai jenama, 22 pasport Bangladesh, wang tunai dalam mata wang Malaysia, Singapura dan Bangladesh, masing-masing RM1,200, SG$2 dan Taka 5,460.

Selain itu, satu kad ATM, satu surat perjanjian pinjaman kereta, serangkai anak kunci premis, masing-masing sebuah Perodua Axia dan Myvi serta alat kawalan jauh kereta.

“Kumpulan 21 migran itu sudah dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pada 23 September lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan sebutan semula 13 Oktober ini.

“Empat individu lagi, pengurus atau transporter atau penjaga rumah penampungan itu akan dituduh di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori