Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cuepacs Dan Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai pengumuman bayaran...

Mujahid Nafi Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

Jangan Tersilap Orang, Ini...

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz, sehingga kini masih senyap membisu setelah kontroversi hangat...

Keputusan UPSR Disertakan Pencapaian...

NILAI - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan disertakan pencapaian lengkap...

Premis Jual Telur Masin Berulat Diarah Tutup Sementara

ALOR SETAR: Sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana dipercayai menjual telur masin berulat, diarah ditutup sementara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Ismuni Bohari, berkata arahan dikeluarkan selepas menjalankan siasatan lanjut susulan aduan diterima menerusi akaun Facebook Penduduk Sungai Petani, kelmarin.

Katanya, aduan berkaitan penemuan ulat dalam telur masin dibuat seorang pelanggan premis berkenaan.

“Pengesahan aduan dilakukan dengan pengadu berkenaan susulan kes yang tular di media sosial.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda menjalankan siasatan lanjut semalam dan mendapati premis berkenaan gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Makanan 1983,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dr Ismuni berkata, notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 bersama Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Pemeriksaan semula akan dijalankan selepas pemilik premis mematuhi semua arahan pembersihan dan tindakan pembetulan diarahkan PKD Kuala Muda.

“JKN Kedah akan terus memantau dan memastikan premis makanan mematuhi Peraturan-peraturan Makanan mengikut Akta Makanan 1983 bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

Video mengenai penemuan ulat dalam telur masin itu dimuat naik di media sosial oleh seorang pelanggan wanita yang ke premis berkenaan bersama bersama rakannya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori