MARSEILLE: Bandar di selatan Perancis, Marseille, baru-baru ini dikejutkan dengan kejadian dua pembunuhan yang dikaitkan dengan dadah, termasuk pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun yang ditikam sebanyak 50 kali dan dibakar hidup-hidup, kata pihak pendakwa raya, semalam.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā¦..
Marseille adalah bandar kedua terbesar di Perancis, namun berdepan dengan kadar kemiskinan serta dibelenggu keganasan berkaitan dengan dadah.
Bandar pelabuhan bersejarah di pantai Mediterranean itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdepan dengan perebutan kawasan untuk menguasai pasaran dadah yang begitu menguntungkan antara pelbagai kumpulan, termasuk DZ Mafia dan Yoda.
Perkara itu, sekali lagi menjadi perhatian umum, apabila Pendakwa Raya Marseille, Nicolas Bessone, memberitahu pemberita bahawa mangsa dan pelaku keganasan itu adalah mereka di usia muda.
Bessone berkata, remaja berusia 15 tahun itu dibunuh pada Rabu lalu dan kes berkenaan adalah satu kebiadapan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Jumaat lalu, seorang pemain bola sepak berusia 36 tahun, Nessim Ramdane, ditembak mati oleh seorang remaja berusia 14 tahun dalam kes yang berkait dengan pembunuhan sebelum ini.
Dua kes terbaharu berkenaan menjadikan jumlah pembunuhan yang berkaitan dengan dadah di Marseille meningkat kepada 17 sejak awal tahun ini.
Ketua-keta dadah di Marseille sudah merekrut ‘tentera jalanan’ mereka dengan iklan di media sosial dan aktiviti penjualan dadah di jalanan kepada golongan muda yang dikenali sebagai ‘jobbeurs’.
Bessone mendakwa, remaja lelaki yang mengambil peluang terhadap iklan berkenaan bukan saja menjual ganja tetapi juga untuk membunuh tanpa sebarang rasa bersalah.
Katanya, remaja terbabit sudah diupah melalui media sosial oleh seorang banduan berusia 23 tahun untuk menakut-nakutkan pesaing dengan membakar pintu rumahnya dan remaja itu turut dijanjikan bayaran sebanyak 2,000 euro (RM9,378)
Dalam pada itu, banduan di penjara Luynes di selatan Aix-en-Provence itu mengaku dirinya sebagai ahli DZ Mafia.
BHonline-