Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Digesa Teruskan Pencarian...

1. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehilangan dua orang anggota tentera yang sedang...

Undang-Undang Khusus Kebajikan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka undang-undang dan peraturan khas bagi melindungi hak...

Bayi Perempuan Ditemui Dalam...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg plastik putih yang diletakkan...

Ini Sebab Ku Nan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kekayaan...

Reman 7 Wanita, 2 Lelaki Berkait GISBH Disambung

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan lanjutan reman satu hari terhadap tujuh wanita, termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), manakala lanjutan dua hari terhadap dua lelaki.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret M Mageshwary membenarkan lanjutan reman bermula hari ini terhadap semua individu berusia 18 hingga 55 tahun terdiri daripada tujuh wanita dan dua lelaki itu selepas membenarkan permohonan dikemukakan polis.

Tempoh reman tujuh hari terhadap kesemua mereka yang bermula 28 September lalu tamat hari ini.

Peguam, Boestamam Ahmad yang mewakili kesemua individu berkenaan, berkata, semua wanita terbabit disambung reman sehari, manakala lelaki dua hari.

Katanya, siasatan terhadap anak guamnya dijalankan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.


Terdahulu, mereka tiba di pekarangan mahkamah dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Semua individu berkenaan ditahan di sekitar Rawang pada 27 September lalu.

Pada 11 September, polis menerusi Op Global melakukan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH, kerana disyaki terbabit eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak yang membawa kepada penahanan beberapa individu dikaitkan dengan GISBH.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori