Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dubsmash Gila-Gila Fasha Sandha...

SEKARANG ini memang dah jadi trending orang ramai mencuba aplikasi Dubsmash dan berkongsi...

1,971 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 1,971 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada...

Lebam Sebab Genetik, Bukan...

MEMILIKI kantung mata (eye bag) yang lebam dan sembab menyebabkan pelakon Fathia Latiff...

Pelajar Lompat Dari Kereta...

MIRI - Seorang pelajar tingkatan empat patah kaki kiri setelah berjaya menyelamatkan diri...

Rindu Anak Punca Lelaki Nepal Cuba Culik Budak 2 Tahun

SUNGAI BULOH – Rindu kepada anak yang berada di kampung halaman dipercayai menjadi motif lelaki warga Nepal cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Kampung Bunga Raya, Rawang, di sini pada 22 Oktober lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek mempunyai dua orang anak yang hampir sebaya dengan mangsa.

“Kali terakhir suspek balik ke Nepal bertemu isteri dan anaknya pada Aidilfitri tahun lalu dan perasaan rindu itu membuatkan suspek mula berkelakuan sedikit tidak siuman,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Hafiz berkata, suspek terbabit juga sudah dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Sungai Buloh dan pihaknya masih menunggu keputusan.

“Kita juga akan menyemak semula dengan pihak Imigresen pada hari ini berhubung dokumen suspek dan pas lawatan kerja sementara,” katanya.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki di Kuang.

Suspek didakwa menyamar sebagai tukang cuci dan cuba menculik mangsa, namun perbuatannya gagal apabila disedari penduduk lalu menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 12.40 tengah hari ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di ruang tamu rumah.

Seorang wanita berusia 30 tahun yang turut berada di lokasi kejadian dikatakan berjaya menarik anak saudaranya daripada pelukan suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori