Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Padi Antara Tanaman Di...

SERDANG - Padi adalah antara tanaman yang perlu dipertimbangkan untuk insurans tanaman di...

Berita Pemindahan Makam Nabi...

KUALA LUMPUR - Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan...

‘Datuk’ Yang Ditahan Berhubung...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah urusan sebuah...

Saya Berjuang Sehingga Tamat...

PALEMBANG - Juara boling Masters Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Muhammad Rafiq Ismail berkata...

RM50 Juta Untuk Pendidikan AI Di Semua Universiti Penyelidikan

KUALA LUMPUR : Peruntukan untuk pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun depan, berbanding RM20 juta tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia susulan petanda positif seperti penubuhan Fakulti AI pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam masa singkat.

“Ini memberikan harapan kepada kita bahawa ada petanda institusi pendidikan kita sudah menuju ke arah kecemerlangan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Universiti Malaya (UM) turut menumpukan AI dalam bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.

Selain itu, katanya Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).


Dengan kerjasama itu, beliau berkata, ia bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber yang serba rumit.

“Universiti Sains Malaysia (USM) menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hab semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.

“Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori