Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

9 Penguat Kuasa Didakwa...

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah...

Lagi Kes Rasuah, Dua...

KANGAR – Dua orang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis yang disyaki...

Tok Mat Tiada Galang...

SEREMBAN - Santai dan bersahaja. Itulah gaya Datuk Seri Mohamad Hasan yang disenangi...

Penyelia Syarikat Pasir Dijel,...

KUANTAN - Seorang penyelia syarikat mengorek pasir dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan...

SPRM Akan Panggil Bekas Menteri Pendidikan Bantu Siasatan 1BestariNet

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri pendidikan antara yang akan dipanggil berhubung siasatan terhadap tuntutan bayaran tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, beliau akan dipanggil kerana menjadi menteri yang memutuskan projek membabitkan 8,000 sekolah itu.

Difahamkan, SPRM masih meneruskan siasatan berhubung perkara itu dengan beberapa individu dikaitkan juga bakal dipanggil memberi keterangan.

Difahamkan juga, siasatan SPRM akan dijalankan ke atas beberapa sekolah terbabit untuk memastikan mereka menerima kelajuan jalur lebar seperti dipersetujui dalam kontrak.

BH masih cuba mendapatkan pengesahan pegawai siasatan SPRM berhubung perkara berkenaan.


SPRM sebelum ini memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada 2011.

Difahamkan, SPRM sedang mengenal pasti saksi untuk dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Pada 2011, kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.

Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori