Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga...

PUTRAJAYA - Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 telah bermula 22 Mei...

Suspek MH17 Didakwa Di...

PUTRAJAYA - Malaysia bersetuju bahawa pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penembakan pesawat...

“Saya Bukan Bogel” –...

PELAKON dan pengacara Ifa Raziah menjadi mangsa terbaharu netizen di media sosial apabila...

Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah dibatalkan.Ikuti...

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu membabitkan pembayaran RM655,512, 11 tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Junaidi Abdul Rahman, 63, dan Albina Ogor Abdullah, 50, yang masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan perdagangan petroleum, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut kesemua pertuduhan, Junaidi didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Delivery Ticket Petron Oil (M) Sdn Bhd untuk membuat tuntutan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi pembayaran sejumlah 260,000 liter diesel ke Stesen Janakuasa Tawau.

Perbuatan tertuduh itu menyebabkan SESB membayar sebanyak RM655,512.00 kepada Syarikat Petrohub Corporation Sdn Bhd (PCSB) milik tertuduh yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu semasa menggunakannya.

Kesalahan itu dilakukan di Stesen Janakuasa Tawau, Jalan Kuhara, di sini, antara 8 hingga 11 April 2013.

Atas kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Albina pula berdepan 15 pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Sabah, Norsham Saharom bersama Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifie, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 untuk kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM sekali dalam tempoh dua bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah selain dilarang mengganggu saksi pendakwaan sebelum dan semasa perbicaraan.

Saharom turut memohon sebutan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Kota Kinabalu memandangkan kedua-dua tertuduh menetap di sana.

Jason membenarkan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000 dengan deposit RM3,000 setiap seorang kepada mahkamah dan seorang penjamin tempatan berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan

Mahkamah menetapkan 3 Disember ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen, lantikan peguam dan prosiding akan dijalankan di Kota Kinabalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori