Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Tuduh Kuda Kepang...

JAKARTA - Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba 'curi' tarian kuda...

Malaysia Masuk Fasa Peralihan...

KUALA LUMPUR: Negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata...

Hospital Kerajaan Perlu 16,000...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16,000 lagi katil diperlukan di hospital kerajaan di seluruh...

Buka Kapsul 25 Tahun

SEMPENA tahun baharu 2020 semalam, genaplah 25 tahun usia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, penganiayaan, eksploitasi dan penderaan kanak-kanak dalam operasi GISB Holdings (GISBH).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kenyataan hari ini, SUHAKAM menegaskan, ia tegas menyokong cadangan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) berhubung penubuhan RCI berkenaan yang dilihat mekanisme paling berkesan untuk memastikan siasatan menyeluruh, tidak berat sebelah dan telus terhadap dakwaan serius itu.

Tegas suruhanjaya itu, pelanggaran hak asasi kanak-kanak tidak boleh diterima dan siasatan RCI akan membuka jalan kepada keadilan untuk mangsa dan reformasi menyeluruh bagi memperkukuh kerangka perlindungan kanak-kanak di Malaysia.

“Kes GISBH mendedahkan kelemahan yang ketara dalam aspek pengawasan dan tadbir urus, dengan dakwaan penderaan yang tidak disedari selama lebih 10 tahun,” menurut kenyataan itu.

SUHAKAM menegaskan, siasatan RCI perlu memberi keutamaan kepada usaha mengenal pasti kelemahan institusi berkaitan sehingga pelanggaran hak asasi manusia berterusan tanpa kawalan.

“Berikutan pembongkaran isu GISBH, terdapat keperluan mendesak untuk penstrukturan semula tadbir urus institusi perlindungan kanak-kanak dan penjagaan alternatif di bawah satu agensi atau satu pihak berkuasa.

“Kes GISBH menonjolkan kerangka kawal selia yang berpecah-pecah,” menurut SUHAKAM dengan memberi contoh rumah kebajikan atau penjagaan berbeza-beza di bawah pelbagai bidang kuasa.

“Ia termasuklah Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dalam sesetengah kes, Kementerian Pendidikan. Ini menyebabkan tiada keberkesanan dan kegagalan besar dalam melindungan kanak-kanak,” katanya.

Menurut SUHAKAM, RCI bukan sahaja akan dapat memastikan pelaku bertanggungjawab, tetapi juga menangani kelemahan sistemik dalam agensi kawal selia dan penguatkuasaan yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak.

“Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr Farah Nini Dusuki turut menegaskan penubuhan RCI bukan sahaja akan membongkar punca utama penganiayaan, tetapi juga mendorong pembaharuan undang-undang dan institusi yang diperlukan bagi menghalang kes sedemikian berulang,” menurut kenyataan berkenaan.


Suruhanjaya itu menegaskan, sudah tiba masa untuk menilai semula mekanisme pemantauan sedia ada dan memastikan perlindungan kukuh di semua institusi yang bertanggungjawab ke atas penjagaan dan kebajikan kanak-kanak.

Justeru, SUHAKAM meminta kerajaan dan semua pihak berkuasa berkaitan untuk bertindak segera dalam menyokong penubuhan RCI berkait kes GISBH.

“Siasatan ini akan menghantar mesej kuat mengenai komitmen kerajaan terhadap keadilan, ketelusan dan perlindungan kanak-kanak.

“Adalah penting RCI ini menyediakan platform buat mangsa, keluarga mereka dan orang awam menyuarakan kebimbangan, mencari keadilan dan mencapai penyelesaian,” katanya.

SUHAKAM mengulangi kesediaan membantu penubuhan RCI yang dicadangkan untuk menegakkan keadilan dan kebertanggungjawaban.

“Kami tegas untuk memastikan siasatan bukan sahaja membawa keadilan kepada mangsa, tetapi juga pembaharuan menyeluruh dalam melindungi generasi masa depan kanak-kanak daripada eksploitasi serupa,” menurut suruhanjaya itu.

SUHAKAM juga mendesak semua pihak menghormati hak mangsa sepenuhnya, khususnya kanak-kanak sepanjang proses siasatan.

“Melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan, eksploitasi dan pengabaian adalah kewajipan asas di bawah undang-undang negara dan hak asasi manusia antarabangsa,” menurut suruhanjaya berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori