Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PRK PD 13 Oktober,...

RASMI... Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen yang pertama selepas Pilihan Raya Umum...

Polis Buka Kertas Siasatan...

IPOH - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar tingkatan satu...

Nanas Tertinggal Atas Meja...

LONDON - Tindakan dua penuntut Universiti Robert Gordon di Aberdeen, Scotland yang membeli...

Pengantin `Terkedu’ Majlis Perkahwinan...

SEORANG pengantin perempuan yang mengimpikan perkahwinan di kawasan perkampungan terkejut dan tidak mampu...

Sultan Selangor Titah Segerakan Pembentukan Jawatankuasa Berhubung Pemulihan Kanak-kanak GISBH

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya segera diwujudkan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak diselamatkan dari GISB Holdings (GISBH).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, jawatankuasa berkenaan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja yang terperinci untuk mengenalpasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan.

“Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya jawatankuasa itu diwujudkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana ia membabitkan masa hadapan kanak-kanak yang terbabit.

“Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Sultan Selangor serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Salehuddin Saidin, di Istana Bukit Kayangan di sini.


Semalam, media melaporkan seramai 662 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang terkait GISBH mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua 662 kanak-kanak yang diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah berjalan kini mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu terkini,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori