Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Covid-19 Di AS...

NEW YORK - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada...

Ibu Hamil Antara 7...

IPOH - Seorang ibu mengandung antara tujuh individu yang ditahan Rabu lalu kerana...

76 Kematian Covid-19, 2...

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 menurun di bawah angka 100 dengan 76 kes...

PH Buat Akaun Bank...

BONGKAR... Sudahlah bertindak zalim sengaja beku akaun bank anggota keluarga Datuk Seri Najib...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan seorang murid Tahun Lima, pada Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan tertuduh, B Tangga Paandi, 28, tidak memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut pertuduhan, Tangga Paandi sebagai pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi memandu kenderaan itu di atas jalan raya di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 24 Oktober lalu pada kira-kira jam 7 pagi di Kilometer 1.2 Jalan Pantai, Port Dickson berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara tujuh hingga 10 tahun serta denda antara RM30,000 hingga RM50,000.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari tarikh sabitan.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azrif Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM10,000 hingga RM12,000 tetapi tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberi jaminan rendah kerana sedang menjaga emaknya yang uzur.

Susulan itu, mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan lesen memandu digantung di mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan sebutan semula kes bagi lantikan jurubahasa pada 21 November depan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori