Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SJR Diatur Semula Di...

KUALA LUMPUR - Sekatan jalan raya di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan...

Rita Rudaini Malu Masih...

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini mengakui malu apabila sering ditawarkan menjadi heroin...

MIC: Hampir Semua Bahagian...

JOHOR BAHARU - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan yakin pemilihan semula parti itu...

Aksi ‘Work Out’ Menggoda...

ADIK kepada seorang pengacara popular ini nampaknya terus menjadi 'tular' apabila ada sahaja...

‘Taman Rekreasi Berlaku Serangan Memerang Dibuka Semula, Jangan Ganggu Jika Terserempak’

KOTA KINABALU: Perdana Park Tanjung Aru, di sini, yang diarah tutup berikutan insiden pengunjung diserang memerang ketika beriadah di taman itu pada awal bulan lalu kini dibuka semula.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah membenarkan pembukaan semula taman itu selepas disahkan mamalia berkenaan tidak membawa penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia.

Katanya, arahan penutupan taman berkenaan sebelum ini disebabkan kebimbangan mengenai kemungkinan memerang membawa penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia jika digigit haiwan itu.

“Kita sudah meminta taman itu dibuka semula kerana sudah mendapat pengesahan daripada jabatan yang berkenaan bahawa memerang sebenarnya tidak membawa penyakit.

“Namun, setakat ini difahamkan perkara itu tidak berlaku dan kita meminta pengusaha Perdana Park membuka semula taman berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau ditanya perkembangan kes serangan sekumpulan memerang yang menyebabkan tiga pengunjung taman menjadi mangsa ketika beriadah di Perdana Park, Tanjung Aru pada awal bulan lalu.

Akibat insiden itu, DBKK mengarahkan pengurusan taman yang popular sebagai tempat warga bandar raya ini beriadah menutup sementara kawasan berkenaan dan sehingga kini sudah ditutup lebih sebulan.


Sabin berkata, DBKK sudah mengarahkan pengurusan taman berkenaan membukanya semula, namun setakat hari ini ia belum dibuka kepada orang awam kerana ada kerja penyelenggaraan.

Mengulas sama ada memerang berkenaan masih datang atau tidak ke taman itu, Sabin berkata, perkara berkenaan tidak dapat dipastikan.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak mengganggu haiwan liar itu jika terserempak dengannya di mana-mana.

Sementara itu, Sabin berkata, kehadiran buaya di beberapa sungai di bandar raya ini seperti dilaporkan baru-baru ini ada kaitan dengan perubahan iklim.

Katanya, binatang buas itu dipercayai bermigrasi dari tempat lain, sama seperti burung yang bermigrasi apabila berlaku perubahan iklim.

“Saya memberi jaminan di kawasan bandar raya ini, akan diletakkan papan tanda amaran jika kawasan itu ada buaya,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori