Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dr. Pakar Gleneagles Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang doktor pakar di Hospital Gleneagles di sini didakwa di...

Pesta Kaamatan Pamer Keharmonian...

PENAMPANG - Persefahaman, penglibatan dan komitmen semua suku kaum dan etnik dalam menjayakan...

Tiada Jodoh: Adam AF,...

TIDAK mahu orang ramai berteka-teki mengenai status rumah tangganya, pelakon dan bekas penyanyi...

Gabenor Aden Terbunuh Serangan...

ADEN, Yaman - Gabenor wilayah Aden dilaporkan terbunuh hari ini dalam siri serangan...

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan E6, terjejas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susulan itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mengarahkan penghuni di kediaman terdedah risiko tanah runtuh untuk berpindah sementara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pada masa ini pihaknya sudah mengeluarkan arahan untuk 20 unit kediaman rumah teres di Jalan E6 untuk berpindah.

“Pada masa ini kita hanya dapat menyampaikan arahan ini hanya kepada sebahagian penduduk kerana sebahagian besar lagi penghuni sudah keluar bekerja.

“Kita (polis) bagaimanapun menempatkan pegawai dan anggota kita untuk memaklumkan arahan tersebut supaya dapat mengosongkan kediaman mereka untuk sementara waktu bagi tujuan keselamatan,” katanya kepada BH hari ini.


Mohd Azam berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tanah runtuh pada jam 10.30 pagi tadi di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6, Taman Melawati.

“Kejadian berkenaan menyebabkan 20 rumah teres terputus laluan utama dan setakat ini sebuah kereta yang diparkir dalam rumah rosak akibat runtuhan tanah.

“Selain itu kerosakan turut menimpa sebuah kabin pondok pengawal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Semua penduduk diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna, Jalan E6 dan pada masa ini polis bersama pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berada di lokasi kejadian untuk mengawasi keadaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori