Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pusat CSIC Huawei Bantu...

CYBERJAYA - Penyedia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, Huawei melancarkan Pusat Inovasi,...

Soal Kelulusan Operasi, Tanya...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta persoalan...

Letupan Kedengaran Di Bandar...

LVIV - Letupan kedengaran di bandar Lviv, barat Ukraine kira-kira 6 pagi waktu...

KPKT Bakal Bina 6,000...

TANJONG KARANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina...

Tol Percuma Sempena Deepavali Mulai Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya selama dua hari bermula esok sempena Deepavali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata tol percuma bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Oktober dan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Oktober atau Rabu ini.

“Pengecualian tol hanya diberi kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexander berkata, kos pemberian tol percuma dianggarkan berjumlah RM38 juta akan ditanggung kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol terbabit.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras teras utama kerajaan Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat, di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang itu sebaiknya dan merancang perjalanan bagi melancarkan pergerakan trafik berdasarkan panduan disediakan.

“Saya mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua Syarikat Konsesi Lebuh Raya memohon pengguna jalan raya memandu dengan berhemah, mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya (LLM), Datuk Sazali Harun, memaklumkan pihaknya menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya utama menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan.


Katanya, sebanyak 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama pada hari puncak sempena Deepavali.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS.

“Selain itu, masing-masing 198,000 dan 78,220 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL–Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, diikuti Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (59,220) serta Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 153,700,” katanya.

Bagi mendepani peningkatan trafik, Sazali berkata, semua syarikat konsesi lebuh raya diarah melakukan persediaan rapi supaya perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

“Ia termasuk meminta semua syarikat konsesi untuk tidak melaksanakan penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula 24 Oktober lalu hingga 4 November ini.

“Selain itu, mengaktifkan laluan ‘smart lane’ di lokasi yang sudah dikenalpasti di Lebuhraya PLUS dan laluan ‘tidal flow’ di Lebuhraya KL-Karak.

“Pastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan baik dan semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh berkenaan terutamanya di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) serta Hentian Sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

“LLM juga mengarahkan syarikat konsesi memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelak kesesakan di plaza tol, selain penambahan lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenal pasti mempunyai aliran trafik tinggi,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori