Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sempoi… Walau Disaman, Pemuda...

SEORANG penjual nasi lemak sempat merakamkan selfie dengan penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA)...

ECRL: Pelaburan Yang Bermakna...

KUALA LUMPUR – Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion...

Satu Juta Usahawan Digital...

KUALA LUMPUR - Sebanyak satu juta usahawan digital akan diwujudkan dalam tempoh lima...

151 Bulan Dalam Ranking...

KUALA LUMPUR - Ikon skuasy negara, Datuk Nicol David melakar satu lagi kejayaan...

Tragedi Jatuh Gunung Machinchang: ‘Adik Baru Tiga Bulan Bekerja Di Tempat Baharu’

ALOR SETAR: “Arwah adik pernah beritahu yang dia hendak beralih angin selepas hampir 20 tahun bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hampir 20 tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Tak sangka baru saja tiga bulan bekerja di situ dia pergi buat selama-lamanya dan ini mengejutkan kami semua,” kata Khairul Ajhar Jaffar, 47.

Khairil Ajhar adalah abang sulung kepada Khairul Nizam Jaafar, 41, yang terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagle’s Nest Skywalk di Gunung Machinchang, Langkawi, semalam.

Khairil Ajhar Jaafar berkata, dia mengetahui kejadian itu daripada ibunya, Kasyah Hashim, 72, yang menghubunginya dan memaklumkan berhubung kejadian yang berlaku pada adik ketiga dari empat beradik itu terjatuh ketika sedang bekerja.

Katanya, pada mulanya, dia hanya menyangka adiknya itu jatuh biasa saja tetapi terkejut apabila dimaklumkan mangsa jatuh dari ketinggian lebih kurang 40 meter.

“Arwah antara adik yang jenis ringan tulang dan antara yang ramah dalam keluarga kami. Pemergiannya sangat mengejutkan kami semua.

“Saya menerima maklumat kejadian dia jatuh pada jam 2 petang semalam selepas dihubungi oleh ibu dan saya ingat jatuh biasa saja tapi tak sangka arwah jatuh dari ketinggian yang tinggi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Khairil Ajhar yang juga jurugambar bebas berkata, kali terakhir Khairul Nizam berbual bersama ahli keluarga menerusi kumpulan Whatsapp keluarganya ketika meraikan hari lahir salah seorang ahli keluarga minggu lalu.

“Arwah adik itu juga adalah peminat setia pasukan bola sepak Kedah dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa Hijau Kuning meski pun sibuk bekerja di Langkawi.


“Dia memang peminat Hijau Kuning dan bila datang ke Alor Setar akan hadir ke Stadium Darul Aman, di sini.

“Disebabkan rapat dengan kumpulan penyokong bola sepak Kedah, arwah juga mengenali pemain, bekas pemain termasuk bekas jurulatih Kedah, Allahyarham Azraai Khor Abdullah,” katanya.

Khairul Nizam meninggalkan seorang isteri, Zunirah Othman, 36 dan tiga orang anak berusia 10, 16 dan 17 tahun.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Rafeah Taman Uda, dekat sini selepas selesai urusan bedah siasat.

Media semalam melaporkan seorang juruteknik yang terjatuh sewaktu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagle’s Nest Skywalk di Gunung Machinchang, dekat sini sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Khairul Nizam Jaafar dipercayai terjatuh dari besi penahan dek kaca pada ketinggian lebih kurang 40 meter ke tebing gunung.

Menurutnya, anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bergegas ke lokasi bagi memulakan operasi menyelamat yang turut disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi.

Katanya, mangsa ditemui pada jam 5.11 petang, semalam.

BHonline-

Kategori