Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar: Kronologi Penemuan Kubur...

SEPANJANG bulan Mei ini, pembongkaran kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand menghiasi tajuk utama...

2 Pengedar Dadah Dicekup,...

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam...

Najib Bertemu PM Australia...

SYDNEY - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Sabtu mengadakan...

Tiada Lagi Diskaun Saman...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi pengecualian atau diskaun akan diberikan kepada pengguna jalan...

Tujuh Wanita Mangsa Eksploitasi Seks ‘Kapten Bangladesh’ Diselamatkan

KLANG – [DIKEMAS KINI] Tujuh wanita warga Vietnam yang dipaksa sebagai pekerja seks diselamatkan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sebuah rumah kedai di sini, pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut kenyataan JIM, kesemua wanita berusia 32 hingga 45 tahun itu diselamatkan dalam operasi yang bermula pada jam 11.23 malam.

“Berdasarkan maklumat aduan, tujuh wanita itu dilaporkan telah dikurung di premis tersebut dan dipukul jika enggan melayani pelanggan,” katanya.

Menurutnya, kesemua wanita itu masuk sebagai pelancong tetapi dipaksa dan dieksploitasi sebagai pekerja seks di premis tersebut.

“Premis itu dikawal ketat oleh ‘kapten’ warga Bangladesh dengan dipantau sepanjang masa melalui kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Menurut kenyataan itu, ketika pemeriksaan, anggota operasi terpaksa memecahkan pintu utama kerana penjaga premis atau ‘kapten’ enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua bangunan.


“Walau bagaimanapun dia berjaya ditahan. Berdasarkan temu bual, kesemua pasport wanita itu dipegang oleh individu dipercayai ejen yang menawarkan pekerjaan kepada mereka.

“Mereka hanya dibayar RM60 bagi setiap pelanggan dan pergerakan dikawal ketat, termasuk larangan keluar untuk membeli makanan dan barang keperluan,” katanya.

Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi seks) dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

Menurutnya, JIM telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670].

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori