Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Itu Tanda Keterbukaan Kerajaan’...

KOTA TINGGI : Kehadiran bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyertai perbincangan berkaitan hala...

Melaka Dilanda Banjir, 3...

MELAKA - Tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Melaka berikutan hujan sederhana lebat...

‘Prank’ Melampau, Polis Cari...

POLIS Jerman sedang menyiasat individu tidak bertanggungjawab yang membuat gurauan 'prank' dengan membina...

Padah Nenek Beri Cucu...

NANCHANG (China) - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia...

Ustaz Nurul Kamal Sempat Iqamat Pada Telinga Bayinya Sebelum ‘Dijemput’ Ilahi

Manjung: Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, sempat membisikkan iqamat pada telinga bayi perempuannya yang baru lahir di Hospital Seri Manjung, sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada kemalangan itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara dipandu Ustaz Nurul Kamal, 37, terbabas sebelum terbalik di kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 211.8, Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah utara, dekat Sitiawan, di sini.

Isterinya, Nur Firdaus Salwa Zamrin, 30, berkata, sebelum nahas, suaminya meluangkan masa kira-kira satu jam melawatnya di wad bersalin Hospital Seri Manjung.

“Dia bawa barangan keperluan bayi serta uruskan perpindahan saya dari wad bersalin biasa ke wad jagaan rapi bayi.

“Saya melahirkan anak bongsu kami jam 2.30 pagi, Isnin lalu.

Suami juga membisikkan bacaan iqamat di telinga bayi, timang dan ciumnya sebelum pulang,” katanya ditemui di Unit Forensik, Hospital Seri Manjung, di sini, hari ini.

Nur Firdaus Salwa yang bertugas sebagai guru Taska berkata, suaminya kelihatan agak tergesa-gesa bergerak pulang ke Seri Iskandar kerana perlu menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar, malam tadi.

“Sebelum pulang, suami berpesan kepada saya supaya banyak berzikir, saya tak sangka ia pesanan terakhirnya.

“Sepatutnya, semalam, saya perlu berada dalam wad bersama bayi kerana demam kuning, tetapi dibenarkan keluar selepas dimaklumkan berkaitan kematian suami,” katanya.


Allahyarham Ustaz Nurul Kamal meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata iaitu anak lelaki berusia dua tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia empat tahun dan yang bongsu, berusia dua hari.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Aminaton Sa’adiah, 64, berkata, Ustaz Nurul Kamal yang juga anak ketiga daripada lima beradik ada menghubunginya beberapa minit sebelum kemalangan.

“Dia beritahu saya yang dia baru jenguk isterinya di hospital dan tidak sempat pulang ke rumah, jadi dia minta saya tolong jemput anak-anaknya di Taska.

“Saya kata jangan risau, memang mak akan ambil cucu mak, kami tinggal sekali di Seri Iskandar.

“Semasa panggilan telefon itu, tiada apa-apa perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar rumah semalam pun, elok kami berbual seperti biasa,” katanya sebak.

Aminaton berkata, pemergian anaknya itu pasti akan dirasai kerana arwah ringan tulang, selain suka bergurau dengan ahli keluarga.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Iskandar di Jalan Parit-Seri Iskandar, selepas Zohor, hari ini.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori