Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sofi Jikan Terkejut Urin...

PETALING JAYA - Pelakon popular Mohd. Shoffi Jikan mengakui terkejut selepas ujian air...

APMM Labuan Selamatkan Tiga...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menyelamatkan tiga nelayan tempatan...

VIDEO: Bukti Wanita Juga...

LUMRAH menjadi kaum lelaki, amat sinonim dengan perkataan suka 'menggatal' dengan wanita di...

Sultan Ahmad Shah Mangkat

KUANTAN - Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum...

Wanita Cetus Kekecohan Di Stesen Minyak Ditahan

KUALA LUMPUR: Wanita yang menimbulkan kekecohan di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh seperti dalam rakaman video yang tular semalam, sudah ditahan untuk siasatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata wanita berusia 42 tahun itu ditahan pada jam 3.40 pagi tadi di Balai Polis Saujana Utama.

“Tangkapan dilakukan dan perkembangan akan dimaklumkan selepas proses dokumentasi dan prosedur siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Semalam, Mohd Hafiz mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 24 tahun yang bertugas sebagai penyelia stesen minyak di Hillpark Saujana Utama.

Pengadu menyatakan sekitar jam 7.50 malam kelmarin, seorang wanita meletakkan kereta dipandunya di belakang kenderaan lain sehingga menghalangnya keluar.

Apabila pelanggan lain memintanya mengalihkan kenderaan, wanita itu naik marah hingga berlaku kekecohan di stesen minyak terbabit.


Wanita itu dikatakan cuba menyerang pelanggan terbabit menggunakan sebatang buluh tetapi dapat dihalang orang awam.

Mohd Hafiz berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Penduduk Saujana Utama dilapor berhadapan kebimbangan susulan gangguan dicetuskan pemandu wanita dipercayai mempunyai masalah mental.

Wanita yang sering dilihat memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam itu dirakam mengganggu penduduk di sebuah stesen minyak di situ.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori