Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tindakan Undang-Undang Terhadap Mahfuz

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok...

Guan Eng Pertahan Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion...

SUA Hishammuddin Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri...

KL Genta Kembali ‘Gegar’...

KUALA LUMPUR - Festival Gendang dan Tarian Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KL Genta)...

200 Pelatih Kumpulan Pertama PLKN 3.0 Bermula 12 Januari Depan

SEREMBAN : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan bermula 12 Januari tahun depan membabitkan 200 pelatih lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata ia adalah latihan atau fasa percubaan sebelum diperluaskan ke fasa seterusnya pada Jun tahun depan.

Katanya, latihan itu akan membabitkan tempoh selama dua minggu dan dilaksanakan di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit di Kuala Lumpur.

“Ia adalah sebagai percubaan kerana sesi sebenar akan bermula pada Jun 2025, melalui percubaan ini saya fikir ia boleh menilai keberkesanan kita punya silibus dan juga modul latihan seterusnya boleh dilakukan penambahbaikan.

“Kita ada banyak pengalaman melalui PLKN yang dulu, saya fikir menerusi kaedah ini (percubaan) ia akan dapat mempercepatkan proses kita untuk melengkapkan dan memastikan pada Jun nanti benar-benar kita bersedia sepenuhnya.

“PLKN kali ini akan dilaksanakan kem-kem Wataniah di seluruh negara cuma kali ini (percubaan) hanya dimulakan dengan satu kem yang membabitkan seramai 200 pelatih,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) Peringkat Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Adly berkata, Kementerian Pertahanan tidak mempunyai masalah untuk mencapai bilangan 200 orang pelatih selain mereka yang mendaftar secara sukarela.

“Buat masa ini, kita memang tumpukan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM cuma daripada segi akta sahaja yang menyebut ia boleh disertai pelatih sehingga usia 35 tahun,” katanya.

Media sebelum ini, melaporkan sebanyak 13 kem tentera dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan PLKN 3.0 antaranya di Kuala Lumpur dan Pahang yang akan digunakan bagi menempatkan peserta terpilih menjelang 2026.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori