Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

Tahun Depan, Dah Boleh...

INI satu berita baik buat individu yang gemar menjelajah. Hujung tahun hadapan, perjalanan dari Malaysia ke...

Keluarga Altantuya Menang Saman...

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan saman yang difailkan...

50 Mangsa Banjir Di...

IPOH - Sejumlah 50 orang daripada 13 keluarga mangsa banjir dari Taman Pulai...

Doa Siti Nurhaliza Untuk...

BARU-baru ini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza ada menitipkan satu doa...

8 Pelajar Bermotosikal Buat Bunyi Bising Sebelum Zaharif Dilanggar – Saksi

Ipoh : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beberapa pelajar memulas pendikit motosikal hingga menyebabkan bunyi bising dan berpusing berkali-kali berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati sebelum Perodua Ativa melanggar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, Disember tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Saksi pendakwaan ke-13, Zuraida Hassan, 46, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam Mitsubishi Triton yang diparkir di bahu kiri jalan menghadap sekolah untuk menjemput anaknya.

Suri rumah itu berkata, ketika menunggu sambil menelefon adiknya, dia melihat tujuh hingga lapan pelajar memulas pendikit motosikal menyebabkan bunyi bising dan berpusing berkali-kali dari sekolah ke Masjid Muhammad Al-Fateh.

Perkara itu dimaklumkannya ketika pemeriksaan balas oleh peguam M Athimulan di hadapan hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada hari kelapan prosiding perbicaraan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh Zaharif, hari ini.

Zuraida berkata, dia kemudiannya melihat Perodua Ativa berwarna putih datang dari arah sekolah menuju ke arah masjid melepasi sebelah kanan kenderaannya.

“Ketika saya masih bercakap dalam telefon, saya ada melihat pada cermin sisi kanan kenderaan saya dan nampak sebuah motosikal diekori kereta putih datang dari arah masjid.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman. Kemudian saya nampak kereta (Perodua) Ativa dalam keadaan laju melepasi kereta saya selepas melanggar sesuatu.

“Saya juga nampak seorang budak lelaki terbaring di atas jalan raya, manakala buku serta barang-barang bertaburan,” katanya.


Saksi itu kemudiannya terus turun dari kenderaannya dan menghubungi talian kecemasan 999 dan hanya mengetahui nama mangsa selepas terdengar pelajar lain menyebut nama Zaharif secara berulang-ulang.

Menurutnya, dia dan anaknya berada di kawasan pelanggaran terbabit sehingga 12.30 tengah hari, sebelum beredar pulang ke rumah.

Ketika rakaman video memaparkan situasi selepas perlanggaran dimainkan di mahkamah, wanita itu mengesahkan bahawa klip video itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) yang dipasang pada kenderaan miliknya.

Saksi itu berkata, dia menyerahkan kad memori yang digunakan menyimpan rakaman asal tanpa sebarang suntingan dari dashcam kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, 17 Disember tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023.

Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding perbicaraan disambung esok.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori