Thursday, November 14, 2024

Creating liberating content

85,777 Sertai SSP1M, Caruman...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 85,577 pencarum telah menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP1M)...

Hanya Golongan Zalim Takut...

"HANYA golongan zalim takut kepada doa orang soleh. Bagi mereka yang baik tidak...

Kenderaan Keluar Masuk Singapura...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor bakal melaksanakan beberapa tindakan bagi menghadapi penularan...

Yusof Haslam Antara Anggota...

PUTRAJAYA - Pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan...

Azalina Tolak Dakwaan ‘Waris’ Sulu Boleh Pajak Sabah, Cabar Mereka Untuk Cuba

KUALA LUMPUR: Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan menyewakannya kepada negara lain seperti China atau Filipina, disifatkan sebagai tidak masuk akal.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sebagai negara berdaulat dan mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia akan melawan tuntutan itu memandangkan Sabah adalah sebahagian dari negara ini.

Katanya, jika perkara itu berlaku juga pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melawan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita semalam mengenai peguam utama yang mewakili Kumpulan Sulu, Paul Cohen yang mendakwa kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis sebagai keputusan yang “makan diri sendiri” dan kliennya kini bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah.

“Cubalah. Apa saya boleh buat kalau dia fikir macam itu. Tapi kita negara berdaulat dan merdeka pada 1957.

“Kita ada Suruhanjaya Cobbold, jadi dia (peguam kumpulan dakwa waris Kesultanan Sulu) cakap semua perkara yang pada saya semua tidak masuk akal tetapi sebagai peguam, dia ada hak jika dia rasa anak guam dia ada hak, itu kerana percakapan dia.

“Tapi jawapan saya cubalah… kita akan lawan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Kuala Lumpur On International Arbitration 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini


Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kula Segaran dan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.

Mengulas lanjut, Azalina berkata selepas ini pihaknya juga akan mengambil keputusan untuk membuat tuntutan balik kepada pihak berkenaan.

“Tapi saya hendak beritahu bahawa selepas semua kes ini selesai, kita akan buat keputusan sama ada kerajaan Malaysia hendak minta tuntutan balik pada mereka atas semua perbelanjaan duit rakyat untuk bayar peguam dan pergi mahkamah.

“Takkan main saman percuma sahaja ikut suka dia. (Jadi) ini pun kita akan buat keputusan,” katanya.

Paul Cohen didakwa berkata, tindakan mahkamah menolak cabaran oleh plaintif terhadap keputusan awal yang menolak ‘Anugerah Akhir’ hampir AS$15 bilion oleh penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa kini bermakna anak guamnya bebas memajak Sabah kepada negara lain, termasuk China dan Filipina.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori