Thursday, November 14, 2024

Creating liberating content

Perkasa Pulau Pinang Hadapi...

Lebih 30 ahli yang memiliki jawatan dalam pertubuhan Perkasa Pulau Pinang meletak jawatan...

Warga Emas Sesat Pergi...

SABAK BERNAM - Seorang warga emas yang mempunyai masalah hilang ingatan atau amnesia...

K Devan Jurulatih Baharu...

SHAH ALAM - Tiga pemain baharu menandatangani kontrak untuk bersama-sama pasukan Kelantan bagi...

Kesedaran Mendaftar Sebagai Pengundi...

KUALA LUMPUR – Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih...

Cinta Ditolak, Punca Dua Beranak Dibunuh

GEORGETOWN: Polis mengesahkan kejadian pembunuhan seorang wanita dan bapanya di Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, pada Khamis lalu berpunca daripada ‘cinta ditolak’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek yang juga lelaki tempatan berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 30 tahun tidak berminat dengan suspek.

“Sebelum kejadian suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga mangsa di kediaman mereka,” katanya di sini, hari ini.

Khamis lalu, wanita dikenali sebagai Siti Zulaila Zulkifli, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa wanita itu baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan pisau dan menikamnya.

Bapa mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan tindakan suspek tetapi turut ditikam.

Suspek yang turut bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali kemudian dikejar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.


Swee Sake berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kita masih menunggu laporan ujian darah bagi menentukan sama ada suspek terbabit atau tidak dengan pengambilan dadah.

“Status ujian dadah suspek juga masih belum disahkan kerana kita masih menunggu laporan ujian darah,” katanya lagi.

Suspek kini ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga 14 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan bersama dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong pada jam 10 malam, Jumaat lalu.

Selepas pengebumian itu, suami Siti Zulaila, Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal memberitahu beliau terkesan dengan dakwaan orang ramai yang menggelar isterinya sebagai janda dan menegaskan arwah masih isterinya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori