Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

FlyFireFly Jalin Usaha Sama...

KUALA LUMPUR - FlyFireFly Sdn Bhd menjalin usaha sama dengan Circle K (Malaysia)...

Lebih 5,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Lebih 5,200 syarikat di Sabah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam...

Ustaz Abdul Somad Sah...

PEKAN BARU - Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai...

Kegiatan Rasuah JPJ Terbongkar...

GEORGE TOWN - Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disyaki terlibat...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Karak, 7 November lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, ia dirumuskan berdasarkan laporan Lembaga Siasatan yang baru dilengkapkan baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan merumuskan tiada unsur sabotaj atau cubaan khianat membabitkan insiden itu.

“Lembaga Siasatan bagi kes kemalangan itu baru sahaja selesai dan dapatan siasatan mendapati faktor cuaca merupakan salah satu punca utama disebabkan jalan licin.

“Dengan momentum dan berat kenderaan itu yang membawa muatan dua buah kereta perisai menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Bagaimanapun, ada unsur kecuaian yang disebabkan oleh kelajuan yang melebihi had sepatutnya dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang kita tetapkan,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas individu yang didapati cuai sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan.


Katanya, setiap pergerakan konvoi Tentera Darat Malaysia (TDM) perlu mematuhi SOP yang digariskan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku terutama membabitkan orang awam dan aset-aset ketenteraan bernilai tinggi.

“Kerosakan dianggarkan bernilai RM182,000 membabitkan kenderaan KPKP dan tiada kerosakan pada dua kereta perisai yang diangkut berkenaan.

“Kita baru dapat laporan akhir dan kita akan nilai tindakan seterusnya, pihak yang bertanggungjawab akan diberikan pengadilan,”katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, kenderaan KPKP dari 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer (KM) 35.2 dari Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak.

Kejadian pada jam 4.45 petang berlaku ketika kenderaan milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) menuruni bukit kawasan berkenaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori