Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

AAM Tubuh Jawatankuasa Siasat...

JOHOR BAHRU – AAM Motorsports Sdn Bhd (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas...

Yu Cicak Lampai Manja,...

BAGI yang mempunyai hobi memelihara ikan hiasan di dalam akuarium, mereka kini boleh...

Pam Minyak, Perodua Kancil...

Pengguna jalan raya tergaman melihat api marak dalam kejadian kebakaran pam minyak dan...

Warga Asing Dibelasah Kerana...

BARU-BARU ini Malaysian Crime Watch (MyWatch) telah memuat naik beberapa video memaparkan aksi seorang  pegawai...

Hakim Akan Putuskan Sabitan Kes Jenayah Trump

NEW YORK: Keputusan sabitan jenayah Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhubung pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah dijangka diputuskan minggu ini oleh hakim di New York.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Juan Merchan, berkata beliau akan membuat keputusan selewat-lewatnya esok sama ada sabitan itu harus dibatalkan berikutan keputusan Mahkamah Agung AS pada Julai lalu mengenai kekebalan presiden.

Katanya, ini adalah keputusan pertama dari dua pilihan penting yang perlu dibuat oleh hakim selepas kemenangan Trump pada 5 November lalu.

Selain itu, Merchan juga mesti memutuskan sama ada akan meneruskan hukuman ke atas Trump pada 26 November, seperti yang dijadualkan pada masa ini.

Sementara itu, pakar undang-undang, berkata itu tidak mungkin berlaku sebelum majlis angkat sumpah Trump sebagai Presiden pada 20 Januari 2025.

Bagaimanapun, keputusan yang memihak kepada Trump mengenai soal kekebalan atau kelewatan hukuman akan membuka jalan untuk beliau kembali ke Rumah Putih tanpa halangan besar.

Sebelum ini, empat kes jenayah terhadapnya dilihat boleh menjejaskan cita-citanya untuk memegang jawatan Presiden AS semula.

Ketika ini, pegawai di Jabatan Kehakiman AS sedang menilai bagaimana untuk menutup dua kes jenayah Persekutuan terhadap Trump oleh Peguam Khas, Jack Smith, berikutan dasar tradisi mereka di mana seorang presiden yang sedang berkhidmat tidak boleh didakwa.

Kes berasingan di Georgia yang membabitkan dakwaan jenayah negeri berhubung usaha Trump untuk membatalkan keputusan pilihan raya Presiden 2020 kekal dalam keadaan tergantung.

Trump, 78, mengaku tidak bersalah dan menafikan salah laku dalam keempat-empat kes, yang digambarkannya sebagai penganiayaan politik oleh sekutu Presiden AS Demokrat, Joe Biden, yang sengaja diadakan untuk menggagalkan kempennya.

“Kini amat jelas bahawa rakyat AS mahukan penamatan serta-merta terhadap penyalahgunaan sistem keadilan kita untuk kepentingan peolitik peribadi pihak tertentu,” kata jurucakap kempen Trump, Steven Cheung dalam satu kenyataan.


Trump pada Mei menjadi Presiden AS pertama yang disabitkan kesalahan jenayah apabila juri di Manhattan mendapati beliau bersalah atas dakwaan negeri kerana memalsukan rekod perniagaan untuk menutup potensi skandal seks menjelang kemenangan pertama beliau selaku Presiden AS pada 2016.

Trump berikrar untuk merayu sabitan itu selepas dijatuhkan hukuman, tetapi kini peguamnya berhujah bahawa kes itu mesti ditolak berikutan keputusan kekebalan presiden berkhidmat oleh Mahkamah Agung.

Mahkamah Agung, dalam keputusan berkaitan salah satu kes Smith terhadap Trump, memutuskan bahawa presiden dilindungi daripada pendakwaan berhubung tindakan rasmi mereka.

Dalam pada itu, bukti mengenai tindakan rasmi tidak boleh diketengahkan dalam perbicaraan mengaitkan kepada kelakuan peribadi.

Ini adalah kali pertama mahkamah mengiktiraf sebarang bentuk kekebalan presiden daripada pendakwaan dan menjadi lembaran baharu dalam sejarah perundangan AS.

Peguam Trump berkata, juri yang menyabitkan Trump diberikan bukti oleh pendakwa mengenai hantaran media sosial beliau semasa menjadi presiden dan mendengar keterangan daripada bekas pembantunya mengenai perbualan yang berlaku di Rumah Putih sepanjang tempoh perkhidmatannya dari 2017 hingga 2021.

Walaupun Hakim Merchan membenarkan sabitan itu diteruskan, pakar menjangkakan peguam Trump meminta hakim menangguhkan keputusan susulan perkembangan terbaharu itu.

Trump sebelum ini berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan jenayah.

Pakar undang-undang berkata, walaupun hukuman lebih rendah seperti denda atau pembebasan dengan syarat berkelakuan baik lebih berkemungkinan tinggi dikenakan, hukuman penjara tidak mustahil.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori